中文

English

Kata Pengenalan Persekutuan

      Kesehatisejiwaan ialah kunci induk bagi setiap berkat dalam Wasiat Baru. Apabila gereja-gereja sehati sejiwa, Tuan akan memberkatinya.

      Pada setiap zaman, Tuhan membangkitkan orang yang boleh bekerjasama dengan-Nya di merata tempat dalam pergerakan-Nya di bumi untuk melaksanakan ekonomi-Nya dan menggenapkan tujuan abadi-Nya. Dalam proses ini, perkara yang paling penting kepada Tuhan bukan apa yang boleh dilakukan manusia untuk Tuhan tetapi apa yang boleh dilakukan Tuhan dalam dan melalui manusia. Bukan manusia yang bekerja tetapi Tuhan; Tuhan ini bekerja dari dalam manusia dengan mendispenkan diri-Nya ke dalam manusia untuk menjadikan manusia sama seperti-Nya dalam hayat, sifat, ekspresi, pergerakan, tujuan, dan matlamat (tetapi bukan dalam Ketuhanan).

      Kita percaya bahawa inilah zaman Tubuh dan zaman untuk Tuhan bergerak hari ini, Dia memerlukan seluruh Tubuh untuk bangkit dan bergerak dalam kesehatisejiwaan. Setiap anggota adalah penting dan amat diperlukan, tidak kira betapa kecil fungsinya. Dengan itu, kami berasa bahawa di Malaysia, kita semua perlu menunaikan kewajipan kita dalam hal menyebarluaskan kebenaran divin dan menyebarkan pemulihan Tuan dengan apa jua cara pun, mencapai kemuncak pembinaan muktamad Tubuh Kristus yang organik yang akan berkonsumat dalam Yerusalem Baru. Inilah tanggungjawab kita, amanat kita dan kita akan berjuang dan berusaha dengan semua dikbang untuk mencapai matlamat unik ekonomi Tuhan.
Petikan daripada terbitan pertama Sehati Sejiwa yang diterbitkan pada Jun 1999.