中文

English

Panji Latihan Musim Dingin 2011:

Apabila umat Tuhan menjunjung Kristus, memberi Dia tempat pertama
dalam setiap aspek kehidupan mereka,
maka akan ada restorasi dan kepulihbangkitan.

Mengambil Tuhan sebagai kediaman kita, tempat tinggal abadi kita,
ialah pengalaman yang paling tinggi dan paling penuh terhadap Tuhan.

Hati Tuhan terletak pada Zion, kota Tuhan
bersama dengan Kristus yang ada di dalamnya,
dan di Zion, kita ada gereja sebagai Tubuh Kristus
dan ekonomi Tuhan demi kesaksian-Nya.

Pujian dalam Mazmur menghasilkan Haleluya sebagai pujian yang terkonsumat
kerana bumi telah dipulihkan sepenuhnya oleh Tuhan dan dibawa ke bawah pemerajaan Kristus dengan kingdom.

"Yehova empunya bumi dan kepenuhannya, tanah yang boleh dihuni
dan orang yang tinggal di dalamnya." (Mzm. 24:1, Ibr.)

      Haleluya! Haleluya! Haleluya! Latihan Musim Dingin yang diadakan di Anaheim, California pada 26-31 Disember 2011 yang lepas telah menimbulkan hasrat yang mendalam dalam semua peku- dus dalam pemulihan-Nya agar kingdom dunia menjadi kingdom Tuan kita dan Kristus-Nya supaya Dia dapat meraja buat selama-lamanya. Latihan ini merupakan lanjutan bagi Latihan Musim Panas 2011 yang lepas. Pembicaraan ini memberi kita tanggapan yang mendalam berkenaan matlamat muk- tamad Tuhan untuk memulihkan seluruh bumi agar kingdom Tuan dapat memenuhi seluruh bumi. De- ngan mempunyai lingkungan sedemikian, kemuliaan Tuhan dapat diekspresikan di mana-mana jua.

      Untuk menggenapkan matlamat Tuhan, Dia memerlukan gereja sebagai kota Tuhan. Tuhan dalam peninggian, penguatan, pengayaan, keindahan, dan realiti gereja. Penyelamatan Tuhan adalah untuk Kristus-Nya, rumah-Nya, dan Zion, yakni kota Tuhan, supaya suatu hari nanti Dia dapat memperoleh seluruh bumi menerusi Kristus berserta pejayeng-Nya. Ini juga fokus pemulihan Tuan, menjadikan kita puncak yang ditinggikan—kota kudus Zion, dengan mengkonstitut kita dengan Kristus. Apabila kita melihat visi ini dan bekerjasama dengan-Nya untuk memperoleh kota yang ditinggikan, menjadi kota ini dan hidup dalam kota ini, Dia mempunyai jalan untuk mengambil alih bumi ini.

Mesej Empat: Pengalaman yang Paling Tinggi dan Paling Penuh terhadap Tuhan— Mengambil Tuhan sebagai Kediaman Kita, Tempat Tinggal Abadi Kita

      Pejayeng ialah orang yang mengambil Tuhan sebagai kediaman mereka, tempat tinggal abadi mereka, seperti yang dilakukan Kristus dalam Mazmur 91. Inilah pengalaman yang paling tinggi dan paling penuh terhadap Tuhan. Tinggal dalam Tuhan bererti menjalani kehidupan kita dalam Tuhan, mengambil Dia sebagai segala-gala bagi kita. Pengalaman kita tinggal dalam Tuhan membuka jalan bagi Kristus untuk datang mendapatkan bumi supaya Tuhan dapat memulihkan hak milik (pemilikan) dan hak-Nya ke atas bumi.

Mesej Lima: Kewujudan Kristus yang Abadi dan Tidak Berubah dalam Kebangkitan-Nya

      Mazmur 102 menyingkapkan kematian Kristus dan kewujudan-Nya yang abadi dan tidak berubah dalam kebangkitan-Nya. Hasil daripada kematian dan kebangkitan Kristus ialah gereja, yang ditamsilkan oleh Zion bersama dengan rumah Tuhan dan kota Tuhan. Dalam Mazmur 102:16, Zion dibina semula, mentamsilkan gereja yang dimusnahkan dibina semula. Hasilnya semua bangsa akan berpaling kepada Tuan, dan kingdom dunia akan menjadi kingdom Tuhan dan Kristus.

Mesej Enam: Wahi Tertinggi tentang Kristus

      Mazmur 110 mempersembahkan kepada kita wahi tertinggi tentang Kristus. Dalam Mazmur ini, Kristus ialah Raja yang duduk di sebelah kanan Tuhan. Kristus memerlukan bangku kaki. Oleh itu, Tuhan sedang menundukkan semua musuh Kristus untuk menjadikan mereka bangku kaki-Nya. Pertempuran ini akan berterusan sehingga Tuan kembali. Pada waktu itu, semua bangsa dan semua yang menentang-Nya akan dihakimi dan raja-raja serta kepala musuh-musuh akan dihancurkan. Sebagai pejayeng Tuhan, kita bekerjasama dengan ministri Kristus di syurga pada hari peperangan-Nya dengan mempersembahkan diri kita sebagai korban sukarela kepada Tuan agar Dia diairi.

Mesej Tujuh: Kristus ialah Batu Penjuru untuk Pembinaan Tuhan

      Dalam Mazmur 118:22-26, Kristus diwahikan sebagai batu penjuru. Dalam ekonomi Wasiat Baru Tuhan, Kristus sebagai batu penjuru menyelamatkan kita untuk menjadikan kita batu hidup demi membina rumah rohani Tuhan. Kemudian, Dia mentransform kita supaya kita dibina menjadi tempat huni Tuhan. Tuhan berhasrat untuk mempunyai tempat huni di bumi yang dikonstitut dengan Kristus dan menurut Kristus.

Mesej Lapan: Fungsi dan Berkat bagi Hukum Tuhan yang Merupakan Sabda Hidup-Nya kepada Pencari yang Mengasihi-Nya

      Kristus juga merupakan realiti Hukum sebagai sabda hidup Tuhan untuk menginfuskan substan hidup-Nya ke dalam pencari yang mengasihi-Nya. Sebagai pencari yang mengasihi Tuhan, kita perlu menerima hukum sebagai sabda yang dihembus keluar daripada Tuhan. Dengan itu, kita mempunyai hukum dari aspek Roh beri-hayat. Akan tetapi, seandainya kita sekadar mementingkan perintah dalam huruf, kita akan mempunyai hukum dari aspek huruf yang membunuh.

Mesej Sembilan: Kemestikaan Zion dan Yerusalem serta Keadaan Pejayeng di Zion

      Tuhan menghasratkan Zion, begitu juga dengan pejayeng Tuhan. Betapa mestikanya Zion dan Yerusalem bagi mereka! Zion di Yerusalem tersemat dalam pemikiran dan sangat diambil berat oleh mereka. Mereka ada jalan raya ke Zion dalam hati mereka semasa menjalani kehidupan gereja yang praktikal. Mereka inilah yang menyerahkan diri kepada Tuan untuk membina Tubuh Kristus supaya Kristus dapat kembali untuk pengantin-Nya dan menjadi kediaman Tuhan, tempat rehat Tuhan.

Mesej Sepuluh: Berkat Hayat yang Diperintahkan Yehova kepada Dikbang-dikbang yang Tinggal Bersama dalam Kesatuan

      Dalam Mazmur 133, Tuhan memerintahkan berkat hayat kepada dikbang-dikbang yang tinggal bersama dalam kesatuan dalam gereja, rumah Tuhan. Mereka pejayeng yang hidup dalam kehidupan gereja yang praktikal. Mereka hidup dan berada dalam kehidupan gereja melalui kurnia yang diterima di atas gunung-gunung Zion. Kurnia ini diberikan kepada mereka yang berhasrat untuk menjadi peja- yeng Tuan pada zaman kejatuhan gereja. Akhirnya, pejayeng ini menjadi berkat gereja (Mzm. 134).

Mesej Sebelas: Pemulihan Bumi menerusi Pemerajaan Tuhan dalam Kristus dan Kingdom-Nya

      Buku Mazmur menyingkapkan pemulihan bumi menerusi pemerajaan Tuhan dalam Kristus dan kingdom-Nya. Kristus akan menubuhkan kingdom universal-Nya dengan bangsa-bangsa sebagai warisan-Nya dan hujung bumi sebagai harta milik-Nya; Dia akan memerintah bangsa-bangsa dengan gada besi. Gereja membawa masuk kingdom Kristus supaya Kristus dapat memerintah bangsa-bangsa. Apabila gereja diperbesar menjadi kota (di dalamnya kita menikmati Tuhan sebagai segala-gala bagi kita), Tuhan akan menundukkan umat dan bangsa-bangsa menerusi kota dan memerintah seluruh bumi dalam Kristus Raja agung.

Mesej Dua Belas: Mempersembahkan Pujian yang Terkonsumat kepada Tuhan demi Pemulihan Kristus, Rumah, Kota, dan Bumi

      Akhir sekali, anak-anak Tuhan melakukan kerja tertinggi dengan memuji Tuhan. Ekspresi tertinggi kehidupan rohani seseorang pekudus ialah pujiannya kepada Tuhan. Kemenangan rohani tidak bergantung pada peperangan tetapi bergantung pada pujian. Kita harus melihat bahawa Tuhan mengatasi segala-gala dan Dia layak dipuji. Keluaran 15:1-18 ialah kidung pujian kepada Tuhan atas penyelamatan dan kemenangan-Nya yang membawa kepada kediaman Tuhan dan kingdom-Nya. Matlamat penyelamatan Tuhan ialah membina tempat tinggal-Nya demi menubuhkan kingdom-Nya; atas sebab ini kita, seperti Musa dan bani Israel, harus memuji Tuan. Kita memberikan Tuan pujian yang paling agung dan tinggi kerana Dia telah memalingkan kita daripada hukum kepada Kristus, Kristus telah membawa kita kepada rumah, Dia sedang memperbesar rumah menjadi kota, dan dari kota Dia akan memperoleh bumi; kemudian, tujuan Tuhan akan digenapkan, dan kita akan mengisytiharkan, "O Yehova Tuan kita, betapa agungnya nama-Mu di seluruh bumi!" Dalam kehidupan gereja dan kehidupan peribadi, kita harus mempersembahkan pujian yang terkonsumat kepada Tuhan. Haleluya!

HTML Comment Box is loading comments...