中文

English

Penyempurnaan Para Dikkak

Perhimpunan Penyempurnaan Para Dikkak
4-6 februari 2012

      Tuhan berhasrat untuk mendapatkan sekumpulan orang di bumi yang menjalani kehidupan mengekspresikan Tuhan dan mengehadkan tubuh daging. Untuk tujuan ini, kita perlu dilatih dan disempurnakan. Titus 2:12 berkata, "Melatih kita supaya menyangkal kefasikan dan nafsu duniawi, agar kita dapat hidup dengan waras dan adilbenar serta salih pada zaman sekarang." Melalui penyempurnaan dan latihan, kita dapat melakukan kerja ministri demi membina Tubuh Kristus. Perhimpunan Penyempurnaan Para Dikkak (4-6 Februari 2012) baru-baru ini membantu dan menyempurnakan para dikkak untuk mengenali kehendak Tuhan supaya mereka dapat melayan dan berfungsi menurut visi ini.

      Dalam alam semesta, terdapatnya Tuhan. Tuhan mempunyai kehendak, yakni kegirangan (Ef. 1:5) yang ditetapkan-Nya sebagai tujuan dalam diri-Nya. Kehendak Tuhan bukanlah berkenaan perkara remeh. Kehendak Tuhan ialah kehendak-Nya berkenaan tujuan abadi-Nya, berkenaan ekonomi-Nya terhadap Kristus. Kehendak Tuhan yang asal, baik, sempurna, tidak berubah, penuh misteri, divin, abadi dan muktamad ialah Dia hendak memperoleh Tubuh Kristus demi ekspresi-Nya di bumi. Tubuh Kristus ialah satu realiti. Tubuh Kristus bukan tanda atau simbol tetapi sesuatu yang benar. Tubuh Kristus ini mempunyai Kristus sebagai Kepala Tubuh dan hayat Tubuh; kita pula ialah anggota yang banyak yang mengkonsitut Tubuh Kristus.

      Efesus 5:30 mengatakan bahawa kita anggota Tubuh-Nya. Kita semua tahu bahawa kita percayawan, namun kita juga harus tahu bahawa kita anggota Tubuh Kristus. Oleh itu, kita amat berkaitan dengan kehendak Tuhan. Kewujudan dan penyelamatan kita adalah untuk tujuan ini, yakni untuk menjalani kehidupan Tubuh demi ekspresi Tuhan. Tuhan menghendaki anak-anak-Nya mengekspresikan Dia di bumi. Amen!

      Pekudus yang dikasihi sekalian, jika kita melihat dan mengenali kehendak Tuhan, dalam roh kita akan timbul hasrat sejati untuk menjadi anggota Tubuh yang hidup, berfungsi, berkoordinasi, dan melayan. Kita tidak akan memandang rendah atau memandang tinggi terhadap diri kita; kita juga tidak akan menahan fungsi kita, sebaliknya amat berkeinginan untuk melayan dalam Tubuh. Kita ialah anggota yang banyak bagi satu Tubuh Kristus, dan anggota kepada satu sama lain secara individu serta digabungkan secara organik dengan anggota-anggota lain. Setiap anggota memerlukan fungsi anggota lain. Semasa kita bangkit berfungsi dan melayan anggota Tubuh, memegang Dia sebagai Kepala, berkoordinasi secara harmoni untuk mengamalkan kehidupan Tubuh di sesuatu lokaliti dengan mempunyai pandangan Tubuh Kristus yang universal, kita mengekspresikan Tubuh Kristus yang universal, dengan itu menggenapi kehendak abadi Tuhan.

      Puji Tuan untuk penyampaian kata-kata ini. Sejumlah 100 dikkak, terutamanya dari Lembah Klang, merebut peluang ini untuk disempurnakan supaya mereka dapat mengenali kehendak Tuhan, malah bekerjasama dengan-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya dengan berfungsi dalam gereja.

Mesej Satu: Berkenaan Kehendak Tuhan

      Dalam keabadian, Tuhan telah merancang satu kehendak yang tersembunyi dalam-Nya. Namun begitu, hati Tuhan berkenan untuk menyatakan misteri kehendak-Nya kepada kita. Dutus Paulus berdoa dan memohon kepada Tuhan bagi pihak kita agar kita dapat dipenuhi dengan pengetahuan penuh terhadap kehendak-Nya dan menjadi orang yang "melakukan kehendak Tuhan" (1 Yoh. 2:17), seperti teladan Tuan Yesus, dutus Paulus, dutus Petrus, dutus Yohanes dan percayawan Wasiat Baru.

      Atas sebab ini, kita perlu berkeinginan untuk mengenali kehendak Tuhan. Kita perlu membayar harga untuk mengasihi Tuhan dan berhasrat untuk mengenali apa itu kehendak Tuhan, malah mempunyai tekad yang kuat untuk memilih kehendak Tuhan. Ini melibatkan diri tripartit kita: roh kita yang dilahirukan, fakulti sukma kita khususnya minda dan tekad kita, serta tubuh kita. Roh kita perlu dilatih supaya kita mempunyai kearifan rohani untuk melihat kehendak abadi Tuhan. Minda kita perlu diperbarui untuk mengetahui dan memahami apa yang kita lihat dan terima dalam roh kita. Tekad kita perlu kuat untuk memilih kehendak Tuhan. Bahkan kita perlu mempersembahkan tubuh kita sebagai korban hidup untuk melaksanakan kehendak Tuhan sehingga kita melakukannya secara tabiat dan berterusan, bukan sekali-sekala.

Mesej Dua: Berkenaan Tubuh Kristus—Satu Realiti

      Ketika kita menerima Tuan, kita telah menerima hayat baru daripada Tuhan. Hayat ini akan memberi kita perasaan, yakni perasaan atau kesedaran Tubuh Kristus. Satu Korintus 12:26 berkata, "Dan sama ada satu anggota menderita, semua anggota turut menderita bersamanya; atau satu anggota dimuliakan, semua anggota turut girang bersamanya." Perasaan ini benar kerana Tubuh Kristus ialah satu realiti dan hayat Tuhan dalam kita ialah satu hakikat dan pengalaman. Perasaan dalaman ini berasal daripada pencahayaan Tuhan dan daripada hayat, bukannya daripada manusia.

      Semoga Tuan menaruh kurnia kepada kita agar kita dapat menyentuh perasaan hayat dan hidup melalui perasaan hayat. Semoga Tuan memberi kita perasaan yang kaya supaya kita mempunyai perasaan terhadap segala hal—perasaan terhadap dosa, Tuhan, Tubuh Kristus, dan terhadap segala realiti rohani. Apabila kita mempunyai perasaan (kesedaran) Tubuh Kristus, kita akan mengasihi dikbang, diselamatkan daripada perpecahan, dan kerja individualistik. Kita juga akan melihat bahawa kita perlu bersekutu, dan kita hanyalah anggota Tubuh; kita akan mempunyai kesedaran terhadap autoriti Kepala. Hanya apabila kita patuh kepada autoriti Tuan, menikmati persekutuan hayat Tubuh dan membekalkan hayat kepada orang lain, barulah kita dapat hidup dalam Tubuh Kristus secara praktikal.

Mesej Tiga: Kepala Tubuh

      Kristus ialah Kepala Tubuh; kita harus tunduk kepada Dia yang merupakan Kepala kita. Malah dalam alam semesta peribadi kita, kita juga harus membenarkan Dia menduduki tempat pertama dengan mengasihi-Nya dengan kasih pertama, yakni kasih yang terbaik. Kita telah menerima hayat divin tetapi hayat ini tidak dapat terpisah daripada Kepala; ini bermakna kita tidak dapat berdikari dalam segala hal kerana Tuan sahaja yang merupakan Kepala. Kekepalaan Kristus tidak membenarkan kepala atau sub-kepala yang lain. Dia memiliki semua autoriti dalam Tubuh. Sebagai anggota Tubuh, kita tidak boleh bergerak bebas; kita hanya boleh bergerak mengikut arahan Kepala. Malah hubungan sesama anggota Tubuh juga harus melalui Kepala terlebih dahulu. Dia Kepala setiap orang secara langsung.

Mesej Empat: Hayat Tubuh

      Kita hidup di bumi untuk mengekspresikan Kristus. Jika kita hidup melalui hayat Tubuh, kita akan mengekspresikan hayat Tubuh. Hayat Kristus yang menghuni kita secara dalaman ini bukanlah "hayat anggota" tetapi "hayat Tubuh"; hayat ini hayat korporat. Semua anggota Tubuh berkongsi hayat yang sama ini. Hayat Tubuh ini menggabungkan kita bersama dan membaurkan kita menjadi Tubuh Kristus. Satu Korintus 12:15-16 mewahikan bahawa kita anggota Tubuh dan kita mempunyai hayat Tubuh. Oleh itu, kita semua boleh berfungsi dalam Tubuh demi pembinaan Tubuh Kristus. Tambahan pula, hayat Tubuh perlu bersekutu; tanpa persekutuan, yang ada cumalah maut. Menerusi persekutuan kita dapat menerima dan menikmati bekalan Tubuh. Segala-gala yang kita miliki berada dalam Tubuh, adalah menerusi Tubuh dan untuk Tubuh.

Mesej Lima: Anggota yang Banyak bagi Satu Tubuh Kristus (1)

      Pekudus yang dikasihi, jika kita benar-benar melihat Tubuh, dan melihat bahawa kita anggota yang banyak bagi satu Tubuh Kristus, kita akan direvolusikan. Tujuan penyelamatan Tuhan ialah Kristus direproduksikan dalam jutaan pekudus supaya kita menjadi anggota Tubuh-Nya, sebahagian daripada satu entiti yang hidup, berfungsi, berkoordinasi dan korporat. Kita juga perlu sedar bahawa Tuhanlah yang menempatkan kita dalam Tubuh supaya kita menjadi anggota kepada satu sama lain. Semua anggota Tubuh tidak mempunyai fungsi yang sama. Setiap anggota memerlukan fungsi anggota lain. Oleh itu, semua anggota dalam Tubuh diperlukan.

      Fungsi kita akan berkembang semasa kita bertumbuh dalam hayat supaya kita dapat berfungsi dalam Tubuh Kristus secara koordinasi. Roma 12:6 menunjukkan kepada kita bahawa apabila kurnia Kristus diberikan kepada kita dan kita mengalaminya, kita turut menerima kurniaan. Dengan kata lain, kurniaan dalam ayat ini diterima menurut kurnia yang diberikan kepada kita dan merupakan hasil pengalaman kita terhadap kurnia Kristus. Apabila kurnia ini masuk ke dalam kita, kurnia ini membawa elemen kemahiran dan kebolehan rohani tertentu, bersama dengan pertumbuhan kita dalam hayat, berkembang menjadi kurniaan dalam hayat, agar kita dapat berfungsi dalam Tubuh Kristus untuk melayan Tuhan. Memandangkan kita semua telah menerima kurnia, maka kita tidak harus memandang rendah atau memandang tinggi terhadap diri kita, dan kita juga tidak harus menahan fungsi kita, sebaliknya kita harus amat berkeinginan untuk berfungsi dan melayan dalam Tubuh menurut ukuran yang diukur Tuan kepada kita.

Mesej Enam: Anggota yang Banyak bagi Satu Tubuh Kristus (2)

      Kita semua tahu bahawa kita percayawan. Kita juga harus tahu bahawa kita anggota Tubuh Kristus. Jika kita melihat Tubuh dan melihat bahawa kita hanyalah anggota, penglihatan sedemikian akan menjadi penyelamatan besar bagi kita. Dalam Tubuh, Kristus bukan sahaja hayat Tubuh tetapi juga autoriti Tubuh. Memandangkan hayat berada dalam-Nya, maka autoriti juga berada dalam-Nya. Apabila kita tunduk kepada autoriti-Nya, kita mempunyai hayat. Jika kita melihat apa itu Tubuh, secara spontan kita akan berada di bawah kawalan Kepala dan tidak bergerak bebas; kita hanya akan bergerak mengikut arahan Kepala. Satu-satunya tanggungjawab Tubuh terhadap Kepala ialah tunduk dan patuh. Hanya apabila kita memegang Kepala, barulah kita dapat memanifeskan hayat Tubuh.

      Tambahan pula, anggota-anggota digabungkan bersama dengan memegang Kepala dan menjalani kehidupan Tubuh. Oleh itu, kita perlu mempunyai hubungan yang wajar dengan Kristus. Sekali kita mempunyai hubungan yang wajar dengan Kristus, kita akan mempunyai hubungan yang wajar dengan anggota lain. Secara spontan kita akan diselamatkan daripada individualisme dan menjadi anggota yang hidup. Dikbang dan dikkak sekalian, sebagai anggota kita mempunyai bahagian kita dalam pelayanan Tubuh Kristus. Melayan Tubuh Kristus bermakna kita menerima hayat daripada Tu- buh untuk membekali Tubuh.

      Asalkan kita anggota, kita mempunyai fungsi yang tertentu. Tidak ada anggota yang terlalu kecil sehinggakan tidak mempunyai fungsi. Janganlah kita ditipu Syaitan, sebaliknya marilah kita bangkit berfungsi sebagai anggota Tubuh.

Mesej Tujuh: Hubungan antara Gereja Universal dengan Gereja Lokal
dan Pengalaman Kehidupan Gereja Lokal
dalam Kesedaran Tubuh Kristus yang Universal

      Akhir sekali, semua fungsi dan pengamalan kehidupan gereja kita dalam gereja lokal haruslah berada dalam kesedaran Tubuh Kristus yang universal. Prinsip asas dan sumber gereja-gereja lokal ialah Tubuh. Gereja lokal ialah ekspresi bagi gereja Tuhan, yakni Tubuh Kristus, yang satu dan universal di sesuatu lokaliti. Jika kita mengenali Tubuh dengan cara ini, kehidupan gereja kita akan berubah. Kita tidak akan hidup untuk gereja lokal sahaja kerana kita sebahagian daripada Tubuh Kristus.

      Pengetahuan kita dan keprihatinan kita untuk Tubuh Kristus yang universal akan diekspresikan melalui kerelaan kita untuk berbahagian dalam pergerakan Tuan di seluruh bumi dengan berdoa dalam doa-Nya, memberi dalam pemberian-Nya, dan pergi dalam pemergian-Nya supaya kehendak-Nya di bumi dapat terlaksana. Puji Tuan!

Kesimpulan

      Perhimpunan penyempurnaan bagi para dikkak kali ini sememangnya penuh nikmat dan cahaya. Hati para dikkak penuh dengan penghargaan dan syukur kepada Tuhan kita atas wahi yang jelas berkenaan kehendak Tuhan, yakni Tubuh Kristus. Banyak dikkak bersaksi bahawa masa mereka yang lepas telah dibazirkan kerana tidak mengenali kehendak Tuan. Oleh itu, perhimpunan kali ini sememangnya menebus masa mereka kerana cara terbaik untuk menebus masa ialah memahami kehendak Tuan (Ef. 5:17). Mereka turut berazam untuk memilih kehendak Tuhan, bekerjasama dengan kehendak Tuhan, dan berfungsi dalam Tubuh demi pembinaan Tubuh Kristus. Semoga Tuan memperoleh tekad kita untuk melakukan kehendak Tuhan dan menjadi orang yang "mencari dahulu kingdom-Nya dan keadilbenaran-Nya".

HTML Comment Box is loading comments...