中文

English

Persekutuan Demi Kemajuan Injil
Di Malaysia
menerusi Pengambilan Bahagian dalam KERJA KESUSASTERAAN

Tuhan yang Bersabda

      Tuhan kita ialah Tuhan yang bersabda. Kerja-Nya menyusuli sabda-Nya. Di mana sahaja sabda Tuhan, di situlah kerja Tuhan. Sabda Tuhan menyempurnakan apa yang diperkenan Tuhan dan berhasil menurut jalan yang diperintahkan-Nya. Yesaya 55:11 berkata, "Sabda-Ku...keluar daripada mulut-Ku; sabda-Ku tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia, sebaliknya sabda-Ku akan menyempurnakan apa yang Aku perkenan, dan akan berhasil dalam hal yang Aku utuskannya" (Ibr.). Dia bersabda, maka terjadi; Dia memberi perintah, maka berdirilah (Mzm. 33:9; Ibr. 11:3).

Kerja Kesusasteraan pada Zaman Wasiat Lama

      Sepanjang zaman Tuhan telah bekerja untuk memperoleh ekspresi korporat-Nya. Inil-ah perkenanan dan kegirangan hati Tuhan. Dia bermula dengan mencipta langit dan bumi menerusi penyabdaan pada permulaan dalam buku Kejadian. Dia bersabda dan segala sesuatu wujud. Dalam buku Keluaran, Tuhan beroperasi dan bergerak dalam kalangan orang Israel menerusi Musa. Dia bukan sahaja membawa seluruh bangsa Israel keluar dari Mesir ke tanah permai, Dia juga memberi mereka hukum dan perintah-Nya menerusi Musa. Musa mencatat segala-galanya dan mening- galkannya kepada semua bani Israel. Dia juga mencatat secara terperinci bagaimana Tuhan bergerak dan apa yang disabdakan Tuhan kepada bangsa Israel. Semua catatan dan pernyataan disusun menjadi Lima Buku Musa. Kemudian, Ezra menterjemahkan dan menghasilkan salinan kitab ini untuk mendidik semula dan mengkonstitut semula orang Israel setelah mereka kembali daripada pe- nawanan.

      Betapa berberkatnya kita hari ini disebabkan kerja kesusasteraan yang telah dilakukan oleh bapa leluhur kita. Kita mempunyai buku-buku itu kerana hamba-hamba Tuhan telah mencatat dan menggabungkan semuanya untuk kita. Wasiat Lama sesungguhnya merupakan salah satu koleksi dan catatan yang paling kuno yang telah dipelihara dan disediakan oleh hamba-hamba-Nya untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Menerusi kerja kesusasteraan oleh hamba Tuhan yang setia ini, sabda Tuhan berada dalam tangan kita hari ini. Kita dapat menikmati sabda-Nya dan dicahayainya.

Kerja Kesusasteraan pada Zaman Wasiat Baru

      Pada zaman Wasiat Baru, Tuhan abadi menjadi manusia. Dia ialah Sabda (Yoh. 1:1) dan kata-kata yang dibicarakan-Nya ialah roh dan ialah hayat (Yoh. 6:63b). Pembicaraan-Nya mendispenkan roh dan hayat. Semasa melaksanakan ministri-Nya di bumi, Tuan memperoleh sekumpulan disipal, pengikut-Nya, untuk menjadi saksi-Nya supaya mereka bersaksi untuk-Nya. Setelah Tuan naik ke syurga, para dutus terus bersaksi untuk Tuhan dan berbicara keluar-Nya. Semua pembicaraan dan kesaksian Tuan berkenaan-Nya tertulis dan tercatat oleh disipal-Nya dan disusun menjadi buku.

      Hari ini kita mempunyai Buku itu, dan Buku ini, yakni Bible, yang mempunyai nilai sejarah hampir beberapa ribu tahun telah disusun dan dicetak menjadi berjuta-juta salinan untuk orang yang mengasihi Tuhan dan sabda-Nya. Bible juga diterjemahkan kepada lebih seribu bahasa untuk memenuhi keperluan pelbagai bahasa. Banyak yang mengasihi Tuhan masih menterjemahkan dan mencetak Buku ini.

      Oleh itu, terdapat keperluan yang besar bagi kita dalam pemulihan Tuan hari ini untuk bersatu dengan Tuhan dan bekerjasama dengan-Nya untuk menterjemahkan dan menerbitkan Bible. Kita menyedari bahawa tanpa Bible sebagai Sabda Tuhan, tidak akan ada kerja Tuhan. Tanpa kesusasteraan ministri Sabda, yang menyampaikan kebenaran divin yang ditafsirkan dan difahami, tidak akan ada pemulihan Tuan. Sepanjang sejarah gereja, kerja kesusasteraan memainkan peranan yang penting dalam setiap tahap pemulihan Tuan.

Sejarah Ringkas Kerja Kesusasteraan dalam Pemulihan Tuan

      Dalam pemulihan Tuan, Tuhan telah menunjukkan kepada kita visi dan puncak tinggi wahi divin dalam Bible. Kita telah menerima pemahaman Bible yang menyeluruh dan betul kerana kita berdiri di atas bahu banyak yang mendahului kita. Di samping Bible Versi Pemulihan, kita juga mempunyai begitu banyak buku, penulisan rohani, dan koleksi kekayaan yang diwarisi pemulihan Tuan. Oleh yang demikian, keadaan memang mendesak kita untuk menerima beban yang penting dan besar ini bagi menterjemahkan Bible ke dalam banyak bahasa menurut visi zaman terkini. Semua kebenaran divin perlu diterbitkan dan diterjemahkan secara wajar kepada pelbagai bahasa untuk semua yang kelaparan dari segi rohani dan mengasihi Tuan di merata tempat.

      Oleh itu, kerja kesusasteraan amat penting. Dikbang Watchman Nee menyedari hal ini. Pada peringkat awal ministrinya, dia sudah pun menulis rencana dalam majalah Kristian. Menerusi salah satu rencananya dalam sebuah majalah Kristian, Dikbang Witness Lee mula mengenalinya dan akhirnya menjadi rakan sekerjanya yang rapat dan setia. Dalam ministri Dikbang Lee, dia turut menitikberatkan kerja penerbitan dan kesusaste- raan. Dia berkata, "Tuan telah menyediakan sekitaran yang elok sekali untuk pembebasan wahi divin....Banyak persekutuan Dikbang Nee tidak dicetak. Untuk ini saya berasa amat kesal. Disebabkan saya melihat keadaan ini, saya membuat keputusan bahawa setelah saya meninggal dunia, saya tidak mahu kebenaran yang diwahikan Tuan kepada saya tinggal di dalam kubur saya. Saya mahu menerbitkan segala-gala yang ditunjukkan Tuan kepada saya....Saya bersyukur kepada Tuan kerana banyak pembicaraan saya telah pun diterbitkan. Biarpun saya me- ninggal dunia, kata-kata saya dalam Tuan dapat terus berbicara." (The World Situation and the Direction of the Lord's Move, m.s. 38-40)

      Dikbang Nee dan Dikbang Lee mempunyai ministri Sabda Tuhan. Mereka menerima, menyerap dan mengumpulkan semua wahi bernilai da- lam Bible yang disampaikan Tuhan kepada manusia dan pemahaman tentang wahi divin yang diperoleh para pekudus sepanjang generasi. Di bawah pimpinan Tuhan, mereka juga menerima wahi dan cahaya baru lalu membentangkan seluruh ekonomi Tuhan kepada kita untuk memenuhi keperluan zaman ini. Walaupun mereka tidak ada lagi bersama- sama kita, namun pembicaraan daripada ministri mereka terus membekali anak-anak Tuhan di seluruh bumi menerusi bahan-bahan terbitan.

Nilai Kerja Kesusasteraan
dalam Kerja Menginjilkan, Mengkebenarankan,
dan Menggerejakan Seluruh Dunia

      Kerja kesusasteraan bekerjasama dengan ministri Sabda untuk membawa sabda Tuhan kepada manusia, tanpanya sabda Tuhan tidak dapat mencapai manusia. Tanpa kerjasama bahan terbitan, injil Tuan dan kerja kebenaran tidak dapat mencapai begitu banyak orang yang mendahagakan Tuan dan mengingini kebenaran. Kerja ini sememangnya amat bermakna dalam pergerakan Tuan untuk menginjilkan, mengkebenarankan dan menggerejakan seluruh dunia.

      Kita memang dapat bersaksi bahawa penyebaran pemulihan Tuan sentiasa seiring dengan pengedaran bahan ministri secara meluas. Sebagaimana yang dikatakan dalam Kisah Para Dutus, pelipatgandaan disipal berlaku menerusi pertumbuhan Sabda (Kis. 6:7). Pemulihan Tuan di Tanah Besar China amat bergantung pada kerja kesusasteraan, begitu juga dengan penyebaran pemulihan-Nya dalam dunia bahasa Inggeris. Penerbitan buku Watchman Nee, khususnya dua bukunya yang bertajuk Kehidupan Orang Kristian yang Normal dan Kehidupan Gereja Kristian yang Normal, telah menyediakan jalan untuk ministri Dikbang Lee di Amerika Syarikat. Pada awal tahun 1990-an, ketika bekas Kesatuan Soviet membuka kepada dunia Barat, Dikbang Lee memimpin untuk memenuhi negara-negara di situ dengan Bible Versi Pemulihan dan buku-buku ministri terpilih. Sebenarnya, hampir semua gereja di Rusia mula-mula didirikan melalui orang yang membaca bahan terbitan.

Penyebaran Pemulihan Tuan di Malaysia

      Pada masa kini, Tuan bergerak dengan cara yang sama untuk menyebarkan pemulihan- Nya, untuk menginjilkan, mengkebenarankan, dan menggerejakan negara ini, Malaysia. Malaysia perlu diperoleh Tuan untuk mengaibkan musuh Tuan supaya negara ini menjadi kingdom-Nya. Dia menghendaki kaki pelita emas didirikan di setiap kota dalam negara ini untuk menjadi ekspresi korporat Tuhan Tritunggal, kesaksian Yesus. He mahu Tubuh-Nya dibina, Pengantin Perempuan disiap sedia dan kingdom Tuhan dibawa turun ke bumi supaya Dia dapat kembali. Untuk menjadikan hal ini kenyataan, kerja kesusasteraan memainkan peranan yang amat besar.

      Namun demikian, siapakah yang dapat bangkit bekerja bersama dengan Tuhan untuk melayan dalam kerja kesusasteraan? Adakah kita orang yang mengatakan bahawa masa belum tiba untuk membina rumah Tuhan lalu tinggal dalam rumah kita sendiri yang berbumbung, sementara rumah Tuhan terbiar? (Hag. 1:2-4). Pekudus yang dikasihi sekalian, "Maka beginilah bersabdanya Yehova ribuan tentera, Pertimbangkanlah jalanmu."

      Amen! Marilah kita pertimbangkan jalan kita. Beban sememangnya berat untuk menye- barkan kebenaran pemulihan Tuan ke setiap pelosok di Malaysia dan akhirnya ke seluruh bumi yang berhuni. Keperluan untuk kerja kesusasteraaan adalah besar. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan seka- dar hendak menterjemahkan semua buku rohani dan terutamanya menterjemahkan Bible Wasiat Lama Versi Pemulihan ke dalam bahasa Malaysia. Dikbang Nee ialah pelihat wahi divin dan Dikbang Lee ialah bentara wahi divin. Pekudus sekalian, kitalah penyebar luas wahi divin hari ini. Tuan telah mengamanatkan kita dengan ministri sabda-Nya dan kita semua dapat berbahagian dalam kerja kesusasteraan melalui sekurang-kurangnya satu atau dua cara berikut:

(A) Doa

      Kita dapat berdoa dalam doa Tuan. Doa kita menyediakan jalan untuk Tuhan bergerak dan membuka pintu untuk penyebaran Sabda-Nya. Kita perlu berdoa secara tetap, kerap, dan khusus untuk penterjemahan, penghasilan, dan pengedaran bahan terbitan. Hal ini kerana kerja penerbitan merupakan pelayanan yang amat berpengaruh dalam pemulihan Tuhan. Kerja ini bagaikan logistik sesebuah negara dan bersamaan dengan penghasilan "senjata" untuk Tuan. Musuh Tuhan sedar akan hal ini; maka dia mencari setiap peluang dan kesempatan untuk mengganggu dan menghalang kemajuan dan penyempurnaan kerja ini. Namun sekiranya sesetengah daripada kita berharmoni di bumi untuk berdoa tentang hal ini, apa jua yang kita ikat di bumi semestinya sudah diikat di syurga, dan apa jua yang kita lepaskan di bumi semestinya sudah dilepaskan di syurga (Mat. 18:18). Doa kita harus sejajar dengan kerja penterjemahan dan penerbitan supaya Tuan dapat melindungi kepentingan-Nya sendiri. Kita dapat menjadi rakan sekerja-Nya dalam doa.

(B) Memberi Persembahan, Membeli dan Memberi Buku

       Kita juga dapat memberi dalam pemberian Tuan. Kita dapat mempersembahkan kekayaan material untuk keperluan pekerja yang terlibat dan kerja yang melibatkan penerbitan.

       Satu lagi cara yang praktikal untuk memberi ialah memperkenalkan bahan terbitan dengan membeli dan memberinya. Dalam penerbitan sebuah majalah Kristian Watchman Nee, dia meminta pembacanya, "Rakan sekalian, jangan lupa untuk memperkenalkan majalah kami kepada orang lain....Sebab kami berusaha sedaya upaya untuk menerbitkan majalah ini ialah kami mahu kebenaran tersebar agar orang dapat diselamatkan dan dididik bina. Kami berharap agar kamu dapat berbahagian dalam kerja ini dan berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan majalah ini kepada orang lain." (The Collected Works of Watchman Nee, jil. 7, m.s. 1235-1236)

       Dikbang Nee juga menggalakkan pekudus untuk memberi buku: "Kerja ini amat penting. Sudah tentu kita harus berusaha sedaya upaya untuk mengisytiharkan Tuan yang kita kasihi dan kebenaran lain dengan mulut kita. Namun kita tidak dapat menghubungi setiap orang dan berbicara kepada mereka. Atas sebab ini, kita harus memberi buku. Tahukah kamu bahawa memberi buku mendatangkan hasil yang paling berkesan? Tahukah kamu bahawa memberi sebuah buku yang baik dapat memimpin orang untuk menerima Tuan, memahami kebenaran, dan meninggalkan heresi? Amat menyedihkan, percayawan yang berupaya melakukan hal ini tidak berbuat demikian. Walaupun kita tidak dapat mengetahui hasil memberi buku, namun pada hari itu ketika kita berdiri di hadapan takhta penghakiman, kita akan melihat sebab kerja ini amat berbaloi. Kami menerbitkan buku, dan kamu harus membeli dan memberi buku" (The Collected Works of Watchman Nee, jil. 7, m.s. 1236). Sesungguhnya sesetengah orang perlu diasingkan untuk membuat kerja penterjemahan namun kita melakukan kerja yang sama untuk pergerakan-Nya jika kita membeli dan memberi buku, bekerja bersama-sama untuk kemaraan injil-Nya.

(C) Melayan dalam Kerja Kesusasteraan dan Penterjemahan

       Kita juga dapat berbahagian dalam kerja kesusasteraan dengan melayan dalam kerja kesusasteraan dan penterjemahan. Kita memerlukan lebih banyak pelayan yang bersedia, mempunyai beban dan memiliki kecekapan untuk berbahagian dalam pelbagai pelayanan kesusasteraan yang praktikal, bagi menterjemahkan Bible dan buku ministri ke dalam bahasa tempatan. Sesetengah orang perlu ber jerih dan menghasilkan bahan terbitan dalam pelbagai bentuk, yakni buku, buku elektronik, produk audio visual, malah memuatkannya dalam laman web. Misalannya dalam penterjemahan Bible Wasiat Lama Versi Pemulihan bahasa Malaysia dan kajian-hayat, sekiranya kita mempunyai tenaga manusia yang mencukupi untuk menghabiskan kerja ini dalam beberapa tahun, maka generasi yang seterusnya bagi ma- syarakat berbahasa Malaysia dapat mengkaji Bible dengan menggunakan kajian-hayat seba- gai buku rujukan. Kita berharap agar Tuan akan membangkitkan generasi yang lebih muda un- tuk melihat visi ini dan mempersembahkan diri untuk kerja-Nya.

(D) Menyebar luas dan Mengedar Bahan Terbitan

       Kita juga dapat menyebarluaskan dan mengedarkan bahan terbitan kepada semua pencari kebenaran yang lapar, membekali mereka dengan makanan rohani. Hari ini visi kita ialah pergi dan membicarakan kebenaran puncak tinggi kepada orang Kristian. Arahan terkini Tuan kepada kita ialah pergi dan mengajar bangsa-bangsa (Mat. 28:19). Banyak orang Kristian sedang mencari sesuatu yang lebih tinggi, dalam, dan kaya daripada apa yang diberikan oleh Kristianiti. Apakah yang harus kita lakukan? Kita harus pergi, menyebar luas, mengedar dan menyebarkan kekayaan kebenaran divin kepada mereka. Seperti yang dikatakan dalam Roma 10:14-15, "...bagaimana mereka dapat mendengar tanpa orang yang memberitakan-Nya?...Sebagaimana yang tertulis, 'Betapa indahnya kaki mereka yang mengkhabarkan berita berkenaan hal-hal baik!'" Pekudus sekalian, marilah kita bangkit untuk bekerjasama dengan Tuan kita dengan menyebarkan semua kekayaan sabda-Nya kepada semua anak Tuhan yang lapar.

Kata Penutup

      Pintu terbuka luas kepada kita untuk merebut peluang bagi berbahagian dalam kerja yang luhur ini. Tuan mengingini gereja yang terbina untuk menjadi ekspresi korporat-Nya di bumi. Dia bergerak dan Roh itu beroperasi dengan cara yang diperhebat tujuh kali ganda untuk mengakhiri zaman ini. Keinginan dan hasrat hati Tuhan dapat dipercepat, digenapkan dan disempurnakan menerusi kerjasama kerja kesusasteraan yang rapat.

       Pada akhir zaman ini, marilah kita pertimbangkan jalan kita! Semoga Tuan berahmat atas kita supaya kita melihat peranan penting yang dimainkan oleh kerja kesusasteraan dan membangkitkan hasrat sejati dalam kita untuk bekerjasama dengan-Nya dalam apa jua jalan yang diukur-Nya kepada kita. Kita dapat berdoa dalam doa-Nya, memberi dalam pemberian-Nya dan pergi dalam pemergian-Nya. Inilah peluang yang terbaik untuk kita menyumbang kepada Tuhan dengan bekerja bersama dengan Tuhan dalam kerja kesusaste- raan supaya Dia berasa girang dan puas. Puji Tuan! Semoga bumi dipenuhi dengan penge- tahuan Yehova umpama air melitupi laut (Yes. 11:9). Amen!

HTML Comment Box is loading comments...