中文

English

PERGERAKAN TUAN KE EROPAH
PERSEKUTUAN BERKENAAN BEBAN UNTUK EROPAH

Berkat Terbesar—Berpeluang untuk Berbahagian
dalam Satu Pergerakan Khas Tuhan di Bumi Ini

      "Apabila seseorang menerima kurnia di bumi dan berpeluang untuk berbahagian dalam satu pergerakan khas Tuhan, itulah berkat terbesar dalam hidupnya. Pergerakan Tuhan meninggalkan tanggapan yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya, dan pergerakan itu menjadi sumber bekalan yang tidak terhingga baginya. Sesiapa yang berpeluang mengambil bahagian dalam aliran ini ialah orang yang amat berberkat. Saya percaya, mereka yang pernah berbahagian dalam aliran itu akan mempunyai kenangan yang manis setiap kali mengimbas kembali peristiwa itu. Kepulihbangkitan di China Utara pada tahun 1943 merupakan aliran yang amat kuat; banyak orang yang diperoleh Tuhan pada masa itu. Banyak orang mempersembahkan diri, bukan dengan sewenang-wenangnya, tetapi dengan mutlak. Aliran kepulihbangkitan itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap gereja-gereja di negara China selepas tamat peperangan. Jika seseorang dapat berbahagian dalam aliran kerja Tuhan, dalam aliran kepulihbangkitan, sekurang-kurangnya buat satu kali dalam seumur hidupnya, ini memang berkat yang amat besar." (Three Aspects of the Church, Book 2, The Course of the Church, m.s. 213, Witness Lee)

Mengaibkan musuh
dengan Mendirikan Kesaksian yang Kukuh di Eropah

      "Saya percaya bahawa pada akhir zaman, sebelum kemunculan Antikristus, Tuan akan mengaibkan musuh-Nya dengan mendirikan kesaksian yang kukuh di Eropah. Saya mem- punyai beban agar kita akan pergi ke setiap negara di Eropah. Sekarang saya melihat baha- wa Tuan menghantar pemulihan-Nya ke Amerika Syarikat untuk memperoleh banyak orang muda supaya mereka diutus ke Eropah. Tempat yang paling memerlukan jerih lelah kita dalam pemulihan Tuan ialah Eropah."

       "Saya percaya bahawa Tuan akan menyediakan banyak pekudus untuk diutus ke Eropah dan Israel bagi mendirikan gereja-gereja. Dia akan kembali apabila Dia dapat memberitahu musuh, 'Engkau telah mendirikan banyak hal agamawi, namun lihatlah gereja-Ku, pengan- tin-Ku. Mereka semua hidup melalui-Ku dan bersatu dengan-Ku. Mereka tidak lagi agamawi dan tidak mempunyai tradisi, kepercayaan karut, atau kepalsuan. Mereka hanya mempunyai Kristus. Mereka sekumpulan orang yang sama sekali mempunyai perasaan Kristus, dan me- reka ialah kesaksian Aku.'" (Dipetik daripada mesej Witness Lee yang belum diterbitkan, yang disampaikan pada 7 Mei, 1977 di New York City, digunakan dengan kebenaran khas daripada Living Stream Ministry)

Tuan sedang Menanti agar Pemulihan-Nya
Tersebar ke Eropah dan Akhirnya ke Yerusalem

      "Saya percaya bahawa pada tahun-tahun yang akan datang, Tuan akan menyebarkan ke- hidupan gereja ke England, Jerman, Perancis, dan Itali. Lebih-lebih lagi, saya percaya bahawa suatu hari nanti akan ada gereja di Rom dan malah di Yerusalem, tempat bermulanya kehidupan gereja lebih daripada sembilan belas abad dahulu...Dikbang Nee pernah memberitahu kita ba- hawa Tuan pergi ke China kerana China ialah tanah asli (tanah yang belum pernah dipengaruhi Kristianiti) untuk mengusahakan kehidupan gereja. Namun begitu, Tuan tahu bahawa terutamanya atas sebab bahasa, China bukanlah tempat yang terbaik untuk menyebarkan pemulihan- Nya...Watchman Nee disemai sebagai benih ke dalam tanah ini, dan kehidupan gereja mulai bertumbuh. Kemudian, disebabkan kemelut di tanah besar China, pemulihan telah dipindah ke Amerika Syarikat. Namun demikian, Amerika Syarikat bukanlah matlamat sebaliknya batu loncatan untuk penyebaran pemulihan ke Eropah dan akhirnya ke Yerusalem. Tuan bermula dari Yerusalem dan kemudiannya menyebarkan gereja ke Greece dan Itali. Saya percaya bahawa Dia juga akan kembali ke Yerusalem melalui Itali dan Greece. Saya berharap ketika Tuan Yesus kembali, terdapat gereja di Yerusalem yang menantikan-Nya...Adalah satu keaiban bagi Tuan sekiranya pada masa Dia kembali, Yerusalem tidak mempunyai gereja bersedia untuk menerima-Nya. Tuan tidak akan menderitai keaiban sedemikian. Atas sebab ini, Dia sedang menanti agar pemulihan-Nya tersebar ke Eropah dan akhirnya ke Yerusalem. Semoga Tuan menggerakkan hati kita berkenaan pergerakan-Nya dalam pemulihan-Nya! Semoga Dia menyebarkan kehidupan gereja ke seluruh Eropah, Timur Tengah, dan ke Yerusalem. Mungkin suatu hari nanti kita akan menga- dakan perhimpunan doa di taman Getsemani yang terletak di kaki Gunung Zaitun, dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Tuan demi perkembalian-Nya!" (Life-study of Ephesians, m.s. 666-668, Witness Lee)

Amerika Syarikat Ialah Galilea Hari Ini
dan Eropah Ialah Yerusalem Hari Ini

      "Tuan tidak dapat menggunakan orang Farisi, orang Saduki, malah orang baik seperti Nikodemus. Tuan meninggalkan mereka di Yerusalem dan menggunakan tiga tahun sete- ngah untuk melatih beberapa orang nelayan muda. Hari ini Tuan ingin melatih sekumpulan orang muda dan mengutus mereka keluar. Kawasan yang paling penting di bumi hari ini ia- lah Eropah dan Amerika Syarikat. Saya percaya bahawa Amerika Syarikat ialah Galilea hari ini, dan Eropah ialah Yerusalem hari ini. Tuan ingin menggunakan Amerika Syarikat untuk melatih sekumpulan orang muda dan kemudian mengutus mereka ke Eropah, terutamanya ke kolej-kolej. Tuan akan memperoleh Amerika Syarikat dan Eropah dengan menawan dan melatih sekumpulan orang muda." (Dipetik daripada mesej Witness Lee yang belum diterbitkan, yang disampaikan pada 7 Mei, 1977 di New York City, digunakan dengan kebenaran khas daripada Living Stream Ministry)

Pergerakan Tuan yang Terkini dan Muktamad di Bumi Ini

      "Harapan saya yang sungguh-sungguh ialah banyak pekudus akan mempunyai beban untuk perkara ini. Saya berharap banyak yang akan bersedia untuk dibimbing Tuan ke negara-negara lain. Sesetengah orang boleh pergi ke Athens, ada yang boleh pergi ke Yerusalem, ada yang boleh pergi ke Vienna dan tempat lain, untuk menyebarkan pergerakan Tuan yang terkini dan muktamad di bumi ini." (The World Situation and God's Move, m.s. 42, Witness Lee)

TANGGUNGJAWAB MUKTAMAD YANG HARUS KITA PIKUL
UNTUK PEMULIHAN TUAN YANG MUKTAMAD
DI BAWAH SITUASI DUNIA TERKINI YANG MUKTAMAD

      "Saya percaya bahawa ini mungkin jalan Tuan untuk menyediakan pengantin perempuan-Nya (Wahi 19:7-8). Sekarang setelah saya berbicara kepada kamu, saya telah memenuhi tang- gungjawab saya. Sekarang tanggungjawab ini jatuh pada kamu. Selepas kamu mempertim- bangkan apa yang kamu baca dalam bab-bab ini berkenaan situasi dunia dan pemulihan Tuan, apakah yang akan kamu lakukan? Adakah kamu hanya akan tinggal di tempat kamu berada dan menjalani kehidupan yang selesa? Adakah kamu berpuas hati dengan perhimpunan yang baik? Perhimpunan yang baik memang penuh nikmat, namun tidakkah Tuan memimpin kamu keluar? Jadilah waras dan berjaga-jaga agar Tuan memberi kamu bimbingan yang wajar—sama ada untuk tinggal atau pergi, ke mana kamu harus pergi, dan cara untuk pergi. Jika Dia memimpin kamu untuk tinggal, berapa banyakkah tanggungjawab yang harus kamu pikul untuk mereka yang keluar melalui iktikad dalam nama-Nya demi pemulihan-Nya ke negara-negara lain? Pergerakan sedemikian adalah hidup dan merupakan pergerakan Tuan dalam Tubuh-Nya. Inilah tanggungjawab muktamad yang harus kita pikul untuk pemulihan Tuan yang muktamad di bawah situasi dunia terkini yang muktamad" (The World Situation and God's Move, m.s. 84)

HTML Comment Box is loading comments...