中文

English

Blending Conference Malaysia

PERGERAKAN TUAN KE EROPAH

LAPORAN KUNJUNGAN KE UNITED KINGDOM

      Yehova meraja! Dialah yang berada di atas takhta dan mentadbir situasi dunia secara aktif untuk pergerakan-Nya di bumi demi melaksanakan pemulihan-Nya. Amen. Betapa berberkatnya kita boleh berbahagian dalam pergerakan-Nya! Pergerakan Tuan dan pergerakan kita dilambangkan oleh roda (Yeh. 1:15-16). Roda dalam roda ialah pergerakan Tuan dalam pergerakan kita. Apabila umat Tuhan bergerak, Tuhan juga bergerak. Jika umat Tuhan tidak bergerak, Tuhan tidak ada cara untuk bergerak.

      Melalui banyak persekutuan dan doa, kami dipimpin oleh Tuan untuk membuat keputusan untuk pergi dan berbahagian dalam pergerakan Tuan di Eropah, bermula dengan kunjungan ke United Kingdom (UK). Kami pergi melihat kebun anggur Tuan dan melawat gereja berserta pekudus di sana, terutamanya pelajar dan pekudus yang bekerja yang berasal dari negara kita, Malaysia. Sesungguhnya mata kami telah dibuka untuk melihat pergerakan Tuan, kerja dan berkat-Nya, serta keperluan-Nya yang makin mendesak untuk lebih banyak pekerja. Kita banyak digalakkan dan terlipur apabila mengetahui bahawa kunjungan kita ke sana membawa lebih banyak persekutuan da- lam Tubuh demi kemajuan dan kemaraan injil. Berikut ialah laporan ringkas berkenaan kunjungan terkini ke UK dan beberapa perkara penting.

      Dari 27 April hingga 15 Mei 2012, tiga puluh orang pekudus telah mengunjungi UK. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan dan mengambil perjalanan dalam tiga laluan yang berbeza, dan telah melawat tiga puluh enam tempat. Sepanjang kunjungan ini, kami bertemu dengan 398 orang pekudus, termasuk 91 orang pekudus dari Malaysia dan 306 orang pekudus tempatan. Dalam senarai nama kami, terdapat 118 orang pekudus dari Malaysia yang menetap di 37 tempat di UK. Jumlah pekudus yang dilawat mengikut tiga laluan di lokaliti yang berbeza ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Laluan 1
Butir
Laluan 2
Butir
Laluan 3
Butir
Lokaliti
V
MY
NA
Lokaliti
V
MY
NA
Lokaliti
V
MY
NA
1. Bath
1
1
2
1. Ely
2
2
1. Plymouth
4
4
2. Bristol
15
3
1
2. Nottingham
16
5
2. Paignton
7
3
3. Cardiff
15
1
1
3. Middlesbrough
1
1
3. Reading
1
1
4. Birmingham
32
17
3
4. Sunderland
3
3
4. Exeter
3
1
1
5. Liverpool
2
5. Newcastle
1
1
1
5. Dublin
14
4
6. Manchester
19
3
2
6. Sheffield
2
1
6. Belfast
12
1
7. Leeds
7
2
1
7. St. Andrews
4
3
7. Ipswich
14
2
8. Glasgow
8
2
8. Cambridge
1
1
1
8. Norwich
3
1
9. Edinburgh
23
1
9. Cambridgeshire
1
1
1
9. Peterborough
1
10. Southhampton
1
1
 
10. Coventry
20
3
11. Hull
1
1
 
11. North Dorset
1
12. London
159
18
9
 
12. Draperstown
1
1
13. Dundee
3
 
13. Drogheda
1
1
14. W. Midlands
2
1
 
 
*Jersey Chan. Is.
1
1
 
 
JUMLAH
286
52
22
JUMLAH
31
18
2
JUMLAH
81
21
3

Rujukan:
V—Bilangan pekudus yang dilawat
MY—Bilangan pekudus dari Malaysia
NA—Bilangan pekudus dari Malaysia tetapi tidak dapat bertemu dengan kami
* Berhubung dengan seorang dikkak dari Pulau Jersey di Bower House.

Perhimpunan Koordinasi

      Dalam kunjungan ini, kami berpeluang menghadiri perhimpunan koordinasi yang diadakan pada setiap pagi hari Rabu di Bower House, London. Semua pekudus berkoordinasi yang berjerih lelah untuk pergerakan Tuan di kawasan yang berbeza di Eropah akan bersekutu tentang apa yang sedang dilakukan oleh Tuan di tempat masing-masing sebagai galakan dan untuk doa. Sepanjang penginapan kami di Bower House, latihan penyempurnaan mingguan (yang diadakan dua kali setahun) bagi bulan Mei sedang berlangsung pada masa yang sama. Sejumlah 96 orang pekudus yang menghadiri perhimpunan koordinasi bersama dengan pelatih seminggu dari lokaliti dan negara yang berbeza, iaitu Stockholm, Belanda, Slovenia, Paris, Yugoslavia, Estonia, Romania, Finland, Jerman, California Selatan, China, Korea Selatan, Ipswich, dan London. Dalam persekutuan itu, dikbang rakan sekerja berkongsi daripada buku Wahi berkenaan kesaksian Yesus, gereja-gereja dan kepentingan Eropah dalam pergerakan Tuan. Dikbang Joe Davis bersekutu tentang beban Dikbang Lee di Eropah. Para pekudus digalakkan kerana berasa berberkat dapat berbahagian dalam pergerakan Tuan di Eropah. Latihan penyempurnaan mingguan ini merupakan peluang yang baik untuk menghimpunkan pekudus dari lokaliti yang berbeza di seluruh Eropah. Buat masa ini, walaupun bilangan pekudus di setiap lokaliti adalah sedikit, namun disebabkan mereka dapat berhimpun dan berbaur dalam Tubuh, mereka saling didorong agar berdiri teguh sebagai kesaksian Tuan di seluruh Eropah.

Pembauran dengan Para Pelatih FTTL

      Di Bower House, kami berbaur dengan para pelatih daripada Latihan Sepenuh Masa London (FTTL) dalam kelas dan pada waktu makan. Betapa girangnya kami dapat berkumpul dengan pelatih dari pusat latihan yang berbeza namun berada di bawah latihan ministri yang sama dan melakukan kerja yang sama, iaitu membina Tubuh Kristus. Masa itu betul-betul suatu waktu pemugaran dan penggalakan antara satu sama lain. Kami mempersembahkan diri sekali lagi kepada Tuan untuk mengikut Anak Domba ke mana sahaja Dia pergi. "Pada hari peperangan-Mu, umat-Mu akan mempersembahkan diri mereka secara sukarela dalam kesemarakan persembahan mereka. Orang muda-Mu bagi-Mu bagaikan embun daripada kandungan fajar." (Mzm. 110:3, Ibr.).

Seminar Kebenaran

      Kami juga berpeluang menghadiri "Seminar Kebenaran" yang diadakan di Pusat London pada 29 April 2012. Seminar ini dibuka kepada semua yang mendahagakan sabda Tuhan dan kebenaran puncak tinggi. Seminar ini dihadiri oleh pendengar radio yang mengikuti siaran radio ministri. Terdapat kira-kira 120 orang yang hadir pada hari itu. Selepas seminar, 17 orang baru mendaftar diri untuk kajian Bible di rumah. Mereka kemudian dijemput ke Kedai Buku Amana Trust, yang terletak di salah satu jalan yang paling sibuk di Pusat London. Kami dapat bersaksi bahawa terdapat pintu yang terbuka untuk sabda Tuhan! Amen. Melalui siaran radio dan pengagihan buku rohani percuma oleh Rhema, banyak orang yang dikuduskan dan dibebaskan oleh kebenaran. Kebenaran sentiasa jayeng. Haleluya.

Menghubungi Pelayan Sepenuh Masa, Pekudus yang Bekerja, dan Pelajar

      Sepanjang kunjungan ini, kami bertemu dengan pekudus yang menyahut panggilan Tuhan dan mempersembahkan diri kepada Tuan dengan melayan sepenuh masa di UK. Daripada kesaksian mereka, kami melihat bahawa melayan sepenuh masa bermaksud hidup terhadap Tuan. Apa jua yang dilakukan mereka adalah terhadap Tuan, dan diri mereka jugalah terhadap Tuan.

      Kita juga bertemu dengan banyak pekudus yang bekerja, yang pergi ke UK untuk kepentingan Tuan. Dengan berhijrah ke sana, mereka menjadi wadah berguna untuk Tuan bergerak di Eropah kerana mereka berada di tempat yang betul pada waktu yang betul dengan konsep yang betul. Pekudus-pekudus ini datang dari Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan China. Terdapat juga pekudus dari Eropah yang rela menerima beban untuk berhijrah demi memenuhi keperluan Tuan. Bak kata pepatah, "Apabila pokok dicabut, pokok itu mati, tetapi apabila orang berpindah, dia menjadi lebih hidup." Dikbang Lee pernah berkata "Jika kamu kekal dengan konsep yang salah di tempat yang salah, kamu akan berasa kamu tidak berguna, tetapi jika kamu pergi ke tempat yang betul, tempat orang memerlukan kamu, kamu akan menjadi amat berguna." (The Practice of the Church Life according to the God-ordained Way, m.s. 116).

      Antara pekudus yang bekerja ini, kira-kira 50 orang berasal dari Malaysia. Sesetengah pekudus bersaksi bahawa disebabkan pergerakan Tuan di Eropah, mereka berdiri teguh dan terus tinggal di sana, yakin kepada Tuan untuk kehidupan mereka. Pada masa yang sama, mereka mengamalkan kehidupan gereja dan berkoordinasi dengan pekudus tempatan untuk melayan di tempat mereka berada. Mereka mengatakan bahawa kehidupan harian mereka amat penting kerana itulah kesaksian yang dapat mengekspresikan Kristus kepada rakan sejawat, jiran, dan kawan mereka. Tuan sememangnya setia dan menjaga mereka. Sewaktu mereka hanya ada sedikit hati untuk-Nya, Dia menaruh kurnia kepada mereka. Sesetengah pekudus berbahagian dalam aktiviti mengagihkan buku percuma Rhema, mengetuk pintu, dan menggembala pekudus. Mereka juga mempersiapkan anak-anak mereka, dengan pandangan bahawa suatu hari nanti generasi yang baru ini akan dibangkitkan Tuan untuk menjadi pekudus yang melayan Tuan sepenuh masa. Mereka bersedia untuk bekerjasama dengan Tuan dan bergerak ke mana sahaja yang dikehendaki Tuan.

      Terdapat juga banyak pelajar berbangsa Malaysia di UK. Menurut senarai nama kita, terdapat lebih kurang 50 pekudus yang belajar di sana. Kebanyakan pelajar ini berhimpun di rumah pekudus. Sesetengah rumah terletak di lokasi yang amat strategik, iaitu berhampiran dengan universiti. Rumah-rumah ini menjadi stesen injil bagi pelajar untuk berhimpun bersama. Keluarga dalam rumah itu akan membuka rumah mereka untuk jamuan kasih, kajian Bible dan perhimpunan kampus. Para pelajar suka pergi ke rumah pekudus untuk dibelai dan dikhasiati dengan sabda Tuhan.

      Mereka bersaksi tentang pengalaman mereka mendirikan kaunter untuk mengagihkan buku rohani dan Bible semasa sesi pendaftaran pelajar baru untuk menghubungi lebih banyak orang muda. Cara yang paling berkesan ialah pelajar sendiri berfungsi sebagai benih hidup untuk menghubungi kawan-kawan mereka. De- ngan cara ini, sebilangan pelajar kampus telah diperoleh Tuhan. Antara mereka ada yang merupakan penduduk tempatan. Akhirnya, pelajar ini suka datang bersama untuk mengkaji kebenaran dan menikmati serta mengalami Tuan bersama-sama dalam kehidupan harian mereka. Dengan adanya penggembalaan yang wajar dan pengajaran yang cukup tentang kebenaran puncak tinggi, secara beransur-ansur pelajar kampus ini memupuk hasrat untuk disempurnakan dan dilatih oleh Tuan. Mereka rela menyertai latihan kampus dan berhasrat untuk menyertai latihan sepenuh masa.

      Kami melihat betapa pentingnya kami bangkit berkoordinasi dengan Tuan untuk menjadi anggota Tubuh Kristus yang hidup dan berfungsi, iaitu setiap anggota berfungsi menurut ukuran setiap bahagian. Sesungguhnya, ini hak istimewa sekiranya seseorang dapat pergi ke sana secara praktikal sebagai pelayan sepenuh masa, pekudus yang bekerja, atau pelajar untuk menjadi sebahagian daripada kesaksian Tuan. "Saya percaya bahawa pada akhir zaman, sebelum kemunculan Antikristus, Tuan akan mengaibkan musuh-Nya dengan mendirikan kesaksian yang kuat di Eropah. Saya mempunyai beban agar kita akan pergi ke setiap negara di Eropah....Tempat yang paling memerlukan jerih lelah kita dalam pemulihan Tuan ialah Eropah. Kita perlu mengutus banyak dikbang dan dikkak yang muda ke sana." (Dipetik daripada mesej Witness Lee yang belum diterbitkan, yang disampaikan pada 7 Mei, 1977 di New York City, digunakan dengan kebenaran khas daripada Living Stream Ministry)

Jamuan Kasih dan Pembauran

      Selepas balik daripada mengunjungi pekudus di luar kota London, kami mengadakan jamuan kasih dan pembauran pada hujung minggu 12 dan 13 Mei di Bower House. Hari itu merupakan hari yang paling dinanti-nantikan. Sejumlah 120 pekudus menyertai perhimpunan itu, termasuk 25 pekudus dari Malaysia berserta keluarga mereka yang kini tinggal di London atau di bahagian lain UK dan juga 65 pekudus tempatan. Ini sememangnya perjumpaan keluarga yang besar sekali dalam nama-Nya. Puji Tuan! Pada permulaan perhimpunan itu, Dikbang Joe Davis memberikan satu pandangan menyeluruh berkenaan gereja di Filipi, menunjukkan peranan gereja itu dalam kemajuan injil. Beberapa dikbang dari Malaysia juga berkongsi berkenaan tujuan kunjungan kami ke UK. Dari satu segi, memang patut kita terus membelai dan mengkhasiati pekudus yang pernah berada di bawah jagaan kita dan kini berada di luar negara. Dari segi yang lain, penggembalaan ini harus menghasilkan pertumbuhan dan pengalaman hayat yang membawa kepada fungsi mengikut ukuran setiap bahagian demi Tubuh Kristus. Tanpa mengira status dan negeri asal kita, kita merupakan anggota Tubuh-Nya. Oleh itu, kita mempunyai perasaan Tubuh dan berpusatkan Tubuh. Dalam Tubuh Kristus hanya ada satu kerja dan satu aliran yang sama. Sejajar dengan kehendak Tuan, semua pekudus perlu bangkit dan bekerjasama dengan-Nya dengan menjadi anggota yang hidup dan berfungsi.

      Pada hari berikutnya, kami menghadiri perhimpunan Meja Tuan. Dikbang Joe Davis menyentuh tentang kepentingan bertutur-sabda dan berbaur. Dia juga berkongsi tentang cara kita dapat berbahagian dalam pergerakan terkini Tuan berdasarkan buku "Situasi Dunia dan Hala Tuju Pergerakan Tuan" (The World Situation and the Direction of the Lord's Move). Dia mengakhiri persekutuannya dengan menekankan kepentingan semua pekudus mengamalkan kesehatisejiwaan, kerana kesehatisejiwaan akan disusuli dengan berkat daripada Tuan.

      Semoga Tuan memberkati pemulihan-Nya dan gereja-gereja berserta pekudus demi pergerakan-Nya di bumi hari ini. Amen.

""Saya percaya bahawa pada akhir zaman, sebelum kemunculan
Antikristus, Tuan akan mengaibkan musuh-Nya dengan mendirikan
kesaksian yang kuat di Eropah. Saya mempunyai beban agar kita
akan pergi ke setiap negara di Eropah....Tempat yang paling memerlukan
jerih lelah kita dalam pemulihan Tuan ialah Eropah. Kita
perlu mengutus banyak dikbang dan dikkak yang muda ke sana."

BIBLE UNTUK EROPAH

      Pada Musim Panas 2012, Sukan Olimpik (27 Julai hingga 12 Ogos) dan Sukan Paralimpik (26 Ogos hingga 9 September) akan diadakan di UK. Sebanyak 200 negara akan berbahagian dalam sukan ini dan jualan tiket dijangka akan mencecah 10 juta keping. Sebelum itu, Larian Obor Olimpik akan dijalankan selama 70 hari di seluruh UK (19 Mei hingga 27 Julai), merentasi lebih daripada 1000 kota, pekan, dan kampung. Pekudus di seluruh United Kingdom akan keluar mengagihkan Wasiat Baru Versi Pemulihan dan buku rohani dalam tempoh ini. Beban kita kali ini ialah menghantar bekalan dan kumpulan pekudus bagi memberi sokongan kepada pekudus tempatan untuk mengagihkan Bible semasa Obor melalui pekan mereka dan juga sewaktu berlangsungnya Acara Sukan Olimpik dan Paralimpik. Sebanyak 50,000 Wasiat Baru Versi Pemulihan telah ditempah untuk diagihkan, dan kita berharap agar Bible ini dapat mencapai sebanyak mana orang yang mungkin dalam jangka masa ini yang dilihat sebagai kesempatan yang baik.

Pengagihan ini akan dijalankan dalam bentuk blok seminggu seperti yang ditunjukkan di bawah:

Peringkat Pengagihan sewaktu Larian Obor (Kawasan) Peringkat Pengagihan sewaktu Sukan Olimpik
- 11 - 17 Jun (Scotland dan Kawasan Timur Laut England) - 23 - 29 Julai
- 18 - 24 Jun (Kawasan Barat Laut England) - 30 Julai - 5 Ogos
- 25 Jun - 1 Julai (Kawasan Tengah) - 6 - 12 Ogos
Peringkat Pengagihan sewaktu Larian Obor (Kawasan) / Persediaan Bible Peringkat Pengagihan sewaktu Sukan Paralimpik
- 2 - 8 Julai (Anglia Timur) - 27 Ogos - 2 September
- 9 - 15 Julai (Lembah Thames dan Persisiran Selatan) - 3 - 9 September
- 16 - 22 Julai (London Besar)  

      Pekudus dijemput untuk menyertai kami dalam doa, pemberian, dan pengagihan Bible. Seluruh Tubuh perlu berbahagian dalam semua aspek ini untuk melaksanakan beban ini. Maklumat lanjut tentang cara untuk berbahagian dan maklumat terkini tentang pengagihan dapat ditemui di: http://distribute.biblesforeurope.org

"Kita tidak perlu membuat banyak kerja. Kita hanya perlu keluar dengan
hati yang murni, tanpa apa-apa terhadap diri kita tetapi segala-galanya
terhadap-Nya. Keluarlah dengan membawa semua kebenaran Bible
Versi Pemulihan dan bacakannya kepada orang lain. Saya pasti bahawa
kamu akan mendapat seorang setiap minggu."
(Witness Lee, Elders' Training, Book 8: The Life-pulse of the Lord's Present Move, m.s. 126)

Semoga sabda Tuan berlari dalam tempoh ini.

Pekudus yang melayan dalam Bible untuk Eropah.

HTML Comment Box is loading comments...