中文

English

PERSEKUTUAN BERKENAAN
PERGERAKAN TUAN KE EROPAH

Pergerakan Muktamad Tuhan pada Zaman Kini

      Tuhan kita ialah Tuhan yang hidup. Tuan kita sedang bergerak. Roh itu sedang bekerja. Dia ialah Tuhan Tritunggal yang beroperasi dan bertindak cergas. Sepanjang zaman, Dia bergerak di seluruh alam semesta dan beroperasi dalam manusia ke arah pembinaan Tubuh Kristus, persiapan pengantin Kristus dan pembawaan masuk kingdom-Nya ke bumi, sehingga kingdom dunia menjadi kingdom Tuan kita dan Kristus-Nya. Tubuh Kristus adalah untuk mengekspresikan-Nya. Pengantin Kristus adalah untuk memuaskan-Nya. Kingdom-Nya ialah suatu lingkungan, dalamnya kemuliaan Tuhan akan diekspresikan di serata tempat. Dengan ini, dapatlah Dia kembali dan meraja buat selama-lamanya. Inilah pergerakan muktamad Tuhan, penggenapan hasrat Tuhan. Amen!

      Untuk menyempurnakan hasrat hati Tuhan, Dia perlu memulihkan Persona Kristus yang ajaib, yang merupakan misteri Tuhan. Dia menjadi Roh beri-hayat yang huni secara dalaman supaya Dia dapat menginfuskan dan menyalurkan Tuhan Tritunggal ke dalam manusia tripartit, menjadikan manusia, yakni percayawan-Nya, anggota Tubuh-Nya. Tubuh ini diekspresikan menerusi setiap gereja lokal sebagai kaki pelita, namun gereja lokal bukanlah matlamat. Gereja lokal hanyalah prosedur. Matlamatnya ialah Tubuh Kristus sebagai kesaksian-Nya, yakni ekspresi korporat Tuhan Tritunggal. Pada masa yang sama, pengantin perempuan akan dipersiapkan agar Tuan dapat kembali. Apabila gereja-Nya yang tersayang, yakni rumah Tuhan, diperkuat dan diperbesar sehingga menjadi kota Tuhan, Dia mempunyai jalan untuk datang memiliki bumi, memulihkan hak milik-Nya ke atas bumi. Inilah kebenaran, iaitu injil tinggi yang perlu disebarkan ke seluruh bumi. Orang Kristian telah hilang pandangan ini namun inilah yang dikehendaki dan sedang dipulihkan oleh Tuan hari ini.

Koordinasi dan Kerjasama daripada Pemulihan Tuan

      Menurut sabda Tuhan dalam Matius 24:14, untuk keakhiran itu tiba, kebenaran tinggi ini harus diberitakan di seluruh bumi yang berhuni. Menerusi kebenaran tinggi ini, Tuan dapat mempersiapkan pengantin-Nya, mengakhiri zaman ini dan kembali buat kali kedua. Oleh itu, Tuan membangkitkan pemulihan-Nya dan mewahikan visi ini kepada pemulihan-Nya. Atas kurnia dan rahmat-Nya, pemulihan Tuan dipelihara agar bersatu dengan Tuan, bekerjasama dengan-Nya untuk melakukan kerja pemulihan-Nya, menyebarkan ekonomi-Nya sebagai injil tinggi. Pergerakan Tuhan ini bergantung pada pergerakan kita, seperti yang ditunjukkan oleh roda dalam roda dalam Yehezkiel 1. Oleh itu, dalam Matius 28:19, Tuan mengarahkan kita pergi dan mendisipalkan bangsa-bangsa, menginjilkan sabda.

      Betapa berberkatnya kita kerana dapat berbahagian dalam kerja divin ini yang diamanatkan Tuan kepada kita pada zaman kini. Tuhan sedang bertanya, "Siapakah yang harus Aku utus? Siapakah yang akan pergi untuk Kita?" Adakah terdapatnya pejayeng yang boleh berkata, "Aku di sini; utuslah aku"? Dia telah meletakkan pintu terbuka yang tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun di hadapan kita supaya kita dapat memberitakan injil kingdom ke seluruh bumi yang berhuni. Betapa indahnya kaki mereka yang memberitakan injil dan kebenaran sebagai khabar baik (Roma 10:15).

Pergerakan Tuan ke Eropah

      Sejajar dengan beban ini, dua sesi persekutuan khas berkenaan "Pergerakan Tuhan di Bumi untuk Melaksanakan Ekonomi-Nya" telah diadakan di Eden Residence untuk gereja-gereja di Lembah Klang (11-12 Februari 2012) bersama dengan Dikbang Joe Davis. Beban utama persekutuan ini ialah ekonomi Tuhan yang berkaitan dengan seluruh bumi, kemudian menjurus kepada perkara praktikal berkenaan pergerakan Tuan ke Eropah. Daripada cahaya Sabda Tuhan, disertai bantuan ministri zaman dan situasi dunia, ternyata bahawa dalam pelaksanaan ekonomi Tuhan demi perkembalian Tuan, negara-negara di dunia ini, iaitu Rusia, China, Amerika Syarikat dan juga Eropah sedang disediakan dengan cara tertentu. Sebenarnya, hal ini mempunyai penerapan yang khusus di Eropah.

      Dalam persekutuan, Dikbang Joe menunjukkan hal ini dengan merujuk kepada Daniel 2. Daniel 2 memberi kita pandangan tentang apa yang akan berlaku dalam sejarah manusia, yang akan berlaku di Eropah kerana seluruh sejarah manusia berkaitan dengan patung manusia besar yang diwahikan dalam buku ini. Akhirnya, patung ini akan dihempas dan dihancurkan di kaki dan jari kakinya oleh satu batu dan batu itu akan menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi. Ini mentamsilkan pembinasaan semua kerajaan manusia ketika Tuan kembali. Dengan kata lain, setelah Kristus datang menghancurkan agregat kerajaan manusia, Dia akan membawa masuk kingdom Tuhan yang abadi di bumi. Tanpa ragu-ragu, Eropah lebih penting daripada mana-mana negara dan bangsa dalam penggenapan visi patung manusia besar ini.

      Tambahan pula, dikbang kita juga memetik mesej Dikbang Watchman Nee yang disampaikan pada tahun 1927 berkenaan apa yang akan berlaku dalam sejarah manusia. Dikbang Nee mengatakan bahawa Bible meramalkan kebangkitan semula empayar Rom sebelum Tuan Yesus kembali ke bumi. Seorang diktator agung akan muncul suatu hari nanti dan menguasai kewangan, politik, dan urus niaga seluruh bumi. Pastinya hal ini berkaitan dengan keadaan yang sedang berlaku di Eropah. Hakikatnya, Eropah sedang disediakan untuk kemunculan seorang pemimpin yang berkarisma di tengah-tengah situasinya yang kelam-kabut kini. Ini mungkin bermaksud bahawa Tuan ingin maju dengan lebih cepat lagi untuk menyediakan perkembalian-Nya. Sudah tentu keadaan ini juga menandakan keakhiran zaman. Selepas itu, Dikbang Joe memetik satu mesej Dikbang Lee pada tahun 1977 yang belum diterbitkan, "Saya percaya bahawa Tuan akan menyediakan banyak pekudus untuk diutus ke Eropah dan Israel bagi mendirikan gereja-gereja. Dia akan kembali apabila Dia dapat memberitahu musuh, 'Engkau telah mendirikan banyak hal agamawi, namun lihatlah gereja-Ku, pengantin-Ku. Mereka semua hidup melalui-Ku dan bersatu dengan-Ku. Mereka tidak lagi agamawi dan tidak mempunyai tradisi, kepercayaan karut, atau kepalsuan. Mereka hanya mempunyai Kristus. Mereka sekumpulan orang yang sama sekali mempunyai perasaan Kristus, dan mereka ialah kesaksian Aku.'"

      Tuan akan kembali apabila Dia berpuas hati. Dikbang-dikbang di hadapan kita sedar akan hal ini, dan kita juga harus mempunyai kesedaran ini. Oleh itu, pemulihan Tuan amat perlu berjerih lelah di Eropah demi penubuhan kesaksian-Nya. Pemulihan-Nya harus tersebar ke Eropah dan berakar di sana untuk mengaibkan musuh-Nya dan menewaskan Syaitan, bagi menyediakan perkembalian-Nya. Selain itu, Dikbang Joe juga berkongsi pandangan Dikbang Lee terhadap penyebaran Tuan dari Yerusalem ke Greece serta Itali dan akhirnya ke tempat yang lebih jauh. Dia percaya bahawa Tuan akan kembali ke Yerusalem dengan cara yang sama, iaitu melalui Rom di Itali dan Athens di Greece. Di Yerusalem harus ada gereja yang menantikan Tuan Yesus semasa Dia kembali. Atas sebab ini, Tuan menghendaki pemulihan-Nya tersebar ke Eropah dan akhirnya ke Yerusalem.

Tanggungjawab Muktamad Kita

      Pekudus sekalian, semoga Tuan membebani kita dengan pergerakan muktamad-Nya dan memberi kita perasaan terhadap hasrat-Nya untuk kembali. Kita tidak tahu bila perkara ini akan berlaku tetapi semua tanda menunjukkan keakhiran zaman ini sudah dekat dan Eropah itu penting untuk perkembalian Tuan. Memandangkan kita tahu bagaimana Dia akan kembali, maka apakah yang kita lakukan? Adakah kita mengambil sikap tidak peduli atau terus menjalani kehidupan kita sendiri dan berasa puas dengan perhimpunan kita sendiri?

      Tuhan memerlukan kita untuk menjadi sekumpulan orang yang mengenali-Nya, menunjukkan kekuatan dan bertindak (Dan. 11:32). Pertama sekali, kita harus menunjukkan kekuatan dan bertindak dengan melatih roh kita untuk bersetuju dengan Tuhan, sabda-Nya, dan pergerakan-Nya. Kemudian kita harus menunjukkan kekuatan dan bertindak untuk bekerjasama dengan apa yang hendak dilakukan oleh Tuhan dan pergi ke mana sahaja mengikut kehendak-Nya. Dikbang Lee berkata, "Apabila seseorang menerima kurnia di bumi dan berpeluang untuk berbahagian dalam satu pergerakan khas Tuhan, itulah berkat terbesar dalam hidupnya. Pergerakan Tuhan meninggalkan tanggapan yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya, dan pergerakan itu menjadi sumber bekalan yang tidak terhingga baginya. Sesiapa yang berpeluang mengambil bahagian dalam aliran ini ialah orang yang amat berberkat....Jika seseorang dapat berbahagian dalam aliran kerja Tuhan, dalam aliran kepulihbangkitan, sekurang-kurangnya buat satu kali dalam seumur hidupnya, ini memang berkat yang amat besar." (Three Aspects of the Church, Book 2, The Course of the Church, m.s. 213)

(a) Bersatu dengan Kristus yang Berdoa-pinta

      Sekaranglah masanya bagi Tuan menggenapkan hasrat-Nya menerusi pejayeng-Nya, yang bekerjasama dengan Kristus dalam ministri-Nya di syurga demi pergerakan-Nya yang mutakhir dan muktamad. Syukur kepada Tuan atas ministri yang memberi kita pelan biru yang terperinci berkenaan apa yang dapat kita lakukan. Demi pergerakan Tuhan, kita harus bersatu dengan Kristus yang berdoa-pinta, yakni Kristus yang berdoa, dengan mempersembahkan doa kita di mazbah ukupan. Doa-pinta ini membolehkan Tuhan melaksanakan pentadbiran divin, menggenapkan tujuan-Nya, memenuhi hasrat dan keriangan hati-Nya.

(b) Mempersembahkan Harta Material Kita

      Kita juga boleh berbahagian dalam aliran kerja Tuhan dengan memberi demi kemajuan injil kingdom-Nya. Betapa berberkatnya kita dapat membuka akaun dengan Tuan dan memastikan kreditnya terus-menerus bertambah melalui buah pemberian kita (Flp. 4:17, nota kaki 3). Pemberian kita kepada Tuan dan untuk pergerakan-Nya dengan cara ini akan menjadi bau-bauan harum, korban yang dapat diterima dan amat berkenan pada Tuhan.

(c) Pergi dan Memberitakan Injil Kingdom ke Seluruh Bumi yang Berhuni

      Banyak pekudus harus berkoordinasi dengan pergerakan Tuan dengan cara pergi. Dikbang Joe bersekutu tentang saranan Dikbang Lee agar sesetengah pekudus berhijrah ke Eropah untuk bekerja atau berniaga, manakala ada yang boleh pergi untuk belajar. Akan tetapi, tujuan utama mereka adalah untuk menghidup keluar injil dan memikul kesaksian Tuan dalam kalangan orang Eropah. Inilah jalan baru yang harus kita ambil kerana orang Eropah tidak akan memberi respons kepada jalan lama yang telah diwarisi mereka sekian lama. Eropah memerlukan kesaksian Yesus. Lebih banyak orang perlu pergi ke Eropah untuk menghidup keluar kehidupan Tuhan-manusia yang normal, mengekspresikan dan mempersaksikan Kristus.

      Kini, Tuan telah membuka jalan bagi pekudus dalam pemulihan-Nya di Malaysia agar berpeluang berbahagian dalam pergerakan Tuan ke Eropah dengan cara pergi. Pada masa kini, terdapat banyak pekudus muda dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran di situ. Mereka inilah orang yang dapat berbicara kepada rakan sekelas mereka yang berbangsa Eropah tentang kebenaran ekonomi Tuhan. Sesetengah daripada mereka turut berhijrah ke situ untuk bekerja. Semasa mereka bekerja di situ, mereka juga boleh menghubungi dan memperoleh orang demi pemulihan Tuan. Pada bulan Mac dan April 2012, terdapat 2 kumpulan pekudus yang pergi ke United Kingdom untuk lawatan jangka pendek serta berbahagian dalam pergerakan Tuan. Semoga menerusi persekutuan dan penyertaan sedemikian, Tuan akan menimbulkan hasrat sejati dalam kita terhadap perkembalian-Nya; dengan demikian, kita dapat bangkit untuk mengambil bahagian dalam pergerakan muktamad-Nya.

      Pekudus sekalian, Tuan sedang memanggil. Kita harus menjadi orang yang memberi respons dengan berdoa dalam doa-Nya, memberi dalam pemberian-Nya, dan pergi dalam pemergian-Nya demi pergerakan Tuhan di bumi untuk melaksanakan ekonomi-Nya.

Kesimpulan

      Tanggungjawab kita sekarang ialah memberi respons kepada apa yang telah dibicarakan oleh Tuan. Jika kita mengasihi Tuan ke tahap kita menginginkan zaman milik Syaitan ini ditamatkan, kita perlu mempunyai hasrat untuk memikul tanggungjawab ini. Memandangkan "kita" merujuk kepada Tubuh secara keseluruhan dan bukan hanya segelintir pekudus, maka seluruh Tubuh Kristus harus bangkit bersama-sama. Ini kerana pergerakan muktamad Tuhan ialah pergerakan Tubuh, melalui Tubuh, dalam Tubuh, dan bersama dengan Tubuh. Ini sama sekali hal untuk Tubuh. Semoga kita berjerih lelah secara berterusan dan sehati sejiwa dengan cara ini agar perkembalian Tuan dipercepat. Amen!

HTML Comment Box is loading comments...