中文

English

LATIHAN MUSIM PANAS 2012

2-7 Julai 2012, Anaheim, California, Amerika Syarikat

KAJIAN-KRISTALISASI BUKU-BUKU PENYABDA KECIL

      Puji Tuan untuk Tuhan Tritunggal yang kekal wujud, swawujud, mulia, adilbenar, penuh kasih, dan berseri, Tuan langit dan bumi. Dia ialah Tuhan dari keabadian hingga keabadian. Persona yang begitu ajaib ini yang merupakan Tuan kita, yang juga Tuhan-manusia di sebelah kanan Tuhan dan memiliki segala kuasa di syurga dan di bumi, ialah sentraliti dan universaliti dalam ekonomi Tuhan! Wahi ajaib berkenaan sentraliti dan universaliti Kristus ini ditekankan dalam "Kajian-Kristalisasi Buku-buku Penyabda Kecil" semasa Latihan Musim Panas 2012, yang diadakan dari 2 hingga 7 Julai di Anaheim, California.

      Semasa kita menyelami dua belas mesej ini, kita mendapati diri kita berada dalam sejarah—sejarah divin dalam sejarah manusia. Sejarah ini bermula dengan hasrat Tuhan dalam ekonomi abadi-Nya. Hasrat-Nya ialah Dia dan umat pilihan-Nya akan menjadi satu pasangan universal dalam perkahwinan girang yang abadi sebagai konsumasi kisah cinta divin. Dalam konsumasi yang mulia di langit baru dan bumi baru ini, Kristus akan menjadi sentraliti dan universaliti hingga keabadian. Akan tetapi, bagi menggenapkan hal ini, Kristus pertama-tamanya harus menjadi sentraliti dan universaliti dalam diri dalaman kita hari ini. Apabila sekumpulan orang menjalani kehidupan gereja sebegini, maka semakin Kristus akan menjadi sentraliti dan universaliti dalam gereja. Konsumasi ini akan menjadi Yerusalem Baru. Haleluya! Operasi Tuhan sedang menuju ke arah matlamat ini.

Panji Latihan Musim Panas 2012:

Ekonomi Tuhan dalam disiplin-Nya yang penuh kasih terhadap Israel,
dalam penanggulangan-Nya dari segi pentadbiran terhadap Israel,
dan dalam penghakiman-Nya ke atas bangsa-bangsa,
menghasilkan manifestasi Kristus sebagai sentraliti
dan universaliti ekonomi Tuhan untuk membawa masuk kingdom,
zaman restorasi.

Kita, percayawan dalam Kristus, ialah anggota Tubuh Kristus,
yang menjadi organisma Tuhan Tritunggal, dan kita harus berhasrat
untuk menjadi pejayeng, orang perkasa,
yang akan memperbesar manifestasi Kristus
dengan bergerak menurut roh pembauran,
yang akan kembali bersama dengan Kristus untuk menanggulangi
Antikristus dalam peperangan Harmagedon,
dan yang akan menjadi raja bersama dengan Kristus dalam milenium.

Gereja sebagai rumah Yehova, rumah Bapa,
ialah tempat huni Tuhan — tempat Tuhan beroleh
kepuasan dan rehat; dalam tempat huni ini, Tuhan
hidup dan bergerak untuk menyempurnakan kehendak-Nya,
memuaskan hasrat hati-Nya, dan melaksanakan
ekonomi abadi-Nya bagi mengkonsumatkan Yerusalem Baru
sebagai matlamat abadi-Nya demi ekspresi abadi-Nya.

Kita dapat hidup dalam sejarah divin yang terkandung
dalam sejarah manusia dan masuk ke dalam
kepulihbangkitan baru untuk mengakhiri zaman ini
dengan mencapai puncak wahi divin yang tertinggi
tentang ekonomi abadi Tuhan menerusi ministri zaman,
dengan menjalani kehidupan Tuhan-manusia,
dan dengan menggembala orang menurut Tuhan
demi pembinaan gereja sebagai rumah Tuhan,
tempat saling tinggal bagi Tuhan dan manusia.

Mesej Satu: Kristus sebagai Sentraliti dan Universaliti serta
Penyatuan Tuhan dengan Umat-Nya untuk Menjadi satu Pasangan Universal

      Dua kristal yang pertama dalam latihan ini ialah sentraliti dan universaliti Kristus serta penyatuan Tuhan dengan umat yang ditebus-Nya untuk menjadi satu pasangan universal. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah sentraliti dan universaliti Kristus? Dalam Kolose 1:15-18, Kristus ialah sentraliti, Dia yang menduduki tempat pertama dalam segala sesuatu. Dalam 3:10-11, Kristus ialah universaliti sebagai manusia baru; dalam manusia baru, Dia ialah segala dalam segala. Gambaran yang jelas berkenaan Kristus sebagai sentraliti dan universaliti dalam pergerakan ekonomi Tuhan juga dapat dilihat dalam Yehezkiel 1; di situ Kristus ialah paksi, rim dan ruji-ruji roda besar itu.

      Tuhan mula menjadikan Kristus sentraliti dan universaliti dalam kita melalui kasih yang berkembang dalam kisah cinta divin. Dia menawan hati kita dengan keazaman-Nya yang kuat dan jayeng untuk mendapatkan satu pasangan. Dia melamar kita dengan sabda lamaran-Nya dalam seluruh Bible. Semakin kita mengalami hal ini secara korporat, semakin kita membenarkan Kristus menjadi sentraliti dan universaliti dalam gereja. Pada penghujung Bible, kita melihat bahawa Tuhan akan menikmati kehidupan perkahwinan dengan umat-Nya dalam keabadian dan buat selama-lamanya.

      Kristus sebagai sentraliti dan universaliti dalam ekonomi Tuhan merupakan sesuatu yang tersemat dalam hati Tuhan. Perkara ini perlu menyentuh hati kita agar diri kita terbuka kepada-Nya. Apabila hati kita tersentuh, kita akan membenarkan Kristus digarapkan ke dalam diri kita sebagai sentraliti dan universaliti ekonomi Tuhan. Kita sedar bahawa hal ini berlaku dalam keadaan dunia yang penuh porak-peranda, pemberontakan, dan kekecohan. Puji Tuan untuk hasrat Tuhan yang ingin mempunyai penyatuan organik dengan umat pilihan-Nya (Hos. 2:19-20), supaya Dia menjadi hayat kita dan kita menjadi ekspresi-Nya; dengan ini Tuhan dan umat pilihan-Nya menjadi satu pasangan universal (Wahi 22:17).

Mesej Dua: Restorasi Israel—Transformasi dalam Hayat oleh Kasih Tuhan

      Kisah cinta ini bukanlah "kisah cinta impian" pada aspek manusia. Di dalam buku Hosea, gereja yang ditamsilkan oleh isteri Hosea digambarkan sebagai perempuan sundal kerana dia meninggalkan Suaminya, bahkan umat Israel menjadi umat yang murtad. Hosea perlu mengalami apa yang berada di dalam hati Tuhan terhadap pasangan-Nya yang meninggalkan Dia dan bagaimana Tuhan sendiri menanggulangi dia dengan tujuan memulihkannya. Tuhan sedang melakukan satu kerja dalam alam semesta ini terhadap umat Israel dan terhadap kita, baik sebagai gereja mahupun sebagai individu, iaitu Dia sedang beroperasi untuk membawa kita ke titik pemulihan.

      Dikbang dan dikkak, walaupun kita murtad, bersundal, menyembah berhala dan berpaling daripada Tuhan, Tuhan tidak dapat membiarkan kita begitu sahaja. Syukur kepada Tuan bahawa Dia sedang memulihkan kita. Pertama, Dia menyembuhkan kemurtadan kita; kedua, Dia mengasihi kita secara bebas; dan ketiga, kemurkaan-Nya telah berpaling daripada kita. Di akhir buku Hosea, Israel telah menjadi anak; dengan itu, hasil buku ini ialah transformasi dalam hayat oleh kasih Tuhan. Semoga kita dipulihbangkitkan seorang demi seorang untuk dipulihkan sepenuhnya kepada Dia!

Mesej Tiga: Tiga Implikasi berkenaan Kristus

      Ketiga-tiga implikasi berkenaan Kristus dalam Hosea 11:1 dan 4 berkaitan dengan pengalaman, penghargaan, dan kenikmatan kita terhadap-Nya untuk tujuan-Nya. Pada permulaan buku Hosea, Israel seorang perempuan sundal. Pada pengakhiran buku Hosea, Israel telah menjadi anak. Syukur kepada Tuan! Dia sungguh mengasihi kita sehinggakan Dia berupaya menghasilkan anak yang asalnya perempuan sundal. Anak dalam Hosea 11:1 mengimplikasikan Kristus sebagai Anak Tuhan dan juga umat pilihan Tuhan yang menjadi anak-anak Tuhan menerusi penyatuan organik mereka dengan Kristus walaupun mereka telah menjadi amat jahat. Butir ini membantu kita melihat bahawa implikasi pertama berkenaan Kristus sebagai Anak tunggal Tuhan dan Anak sulung Tuhan merupakan perkara yang besar. Melalui proses yang dilalui-Nya, kita semua termasuk dalam-Nya untuk menggenapkan hasrat hati-Nya.

      Kemudian, Dia menarik kita kepada diri-Nya dengan tali-tali manusia, dengan ikatan kasih. Ini menunjukkan bahawa kasih Tuhan adalah divin tetapi mencapai kita menerusi keinsanan Kristus. Tali-tali manusia yang digunakan oleh Tuhan untuk menarik kita melibatkan inkarnasi, kehidupan insani, penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan Kristus ke syurga. Sewaktu kita masih lagi musuh, Tuhan mempertunjukkan kasih-Nya kepada kita. Sewaktu kita masih lagi pendosa, Kristus telah mati bagi kita. Semua ini ialah tali-tali manusia dengan ikatan kasih.

      Akhirnya, Dia akan memberi kita makan Kristus, agar kita dikonstitut dengan-Nya sebagai manna tersembunyi untuk menjadi tempat huni dan kesaksian-Nya, serta berkonsumat dalam Yerusalem Baru. Semoga kita mengambil berat akan pemakanan Kristus sebagai manna sebenar secara tetap pagi demi pagi, hari demi hari. Makan ialah jalan untuk dikonstitut sebagai pejayeng Tuhan, tempat huni-Nya.

Mesej Empat: Pemikiran Utama dalam Buku Yoel dan
Nubuatnya yang Mengawal berkenaan Empat Jenis Belalang Juta

      Dalam alam semesta ini terdapat dua sejarah: sejarah manusia dan sejarah divin. Dalam buku-buku Penyabda Kecil, sejarah manusia ditakrifkan dengan jelas dan dilambangkan oleh empat jenis belalang juta yang disebut dalam Yoel 1:4, yang diutus oleh Tuhan untuk mendisiplinkan umat-Nya dan digunakan oleh Tuhan untuk membekalkan semua kemudahan yang diperlukan di sekitaran bagi melaksanakan tujuan-Nya. Namun demikian, semasa hal ini sedang berlaku, sejarah divin sedang beroperasi. Sejarah divin berkenaan Kristus dan orang perkasa-Nya, yakni pejayeng (3:11), yang akan kembali untuk menanggulangi bangsa-bangsa, menyelamatkan saki-baki Israel dan menyempurnakan ekonomi Tuhan.

      Amat penting bagi kita untuk mempunyai pandangan yang jelas berkenaan zaman kita sekarang, iaitu zaman Tuhan kita sedang bergerak ke arah pembinaan Tubuh-Nya. Sebagai anggota Tubuh, kita harus berhasrat untuk menjadi pejayeng, orang perkasa, yang akan kembali bersama dengan Kristus untuk menanggulangi Antikristus. Matlamat kita akhirnya adalah untuk memperbesar manifestasi Kristus. Dikbang dan dikkak, visi ini akan mempengaruhi kehidupan kita agar kita mengambil jalan jayeng untuk menjadi orang perkasa yang sepadan dengan Dia yang perkasa itu!

Mesej Lima: Sejarah Universal menurut Ekonomi Tuhan—
Sejarah Divin dalam Sejarah Manusia

      Untuk menjadi orang perkasa Tuan, kita perlu menjadi sepadan dengan Dia yang perkasa dengan menjadi orang yang hidup, bergerak, dan melayan dalam sejarah divin yang terkandung dalam sejarah manusia. Sejarah Tuhan dalam manusia bermula dengan inkarnasi Kristus dan diteruskan dengan proses kehidupan insani, penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan-Nya ke syurga. Dia naik ke syurga dan kemudian turun sebagai Roh itu untuk menghasilkan gereja sebagai ekspresi korporat Tuhan Tritunggal. Gereja hari ini ialah pembesaran manifestasi Kristus. Oleh itu, gereja juga sebahagian daripada sejarah divin. Pada penghujung sejarah divin, Kristus akan kembali; Dia akan turun bersama dengan pejayeng-Nya yang merupakan angkatan tentera-Nya (Yoel 3:11) untuk menewaskan Antikristus dan angkatan tenteranya serta mencampakkannya ke dalam tasik api (Wahi 19:20). Berikutan itu, kingdom seribu tahun akan tiba; akhirnya, kingdom ini akan berkonsumat dalam Yerusalem Baru, yakni langkah terakhir, langkah yang muktamad dalam sejarah Tuhan.

      Semoga hasrat untuk menjadi orang perkasa Tuhan menjadi hasrat kita. Dalam pemulihan Tuan hari ini, kita sedang disempurnakan menjadi orang sebegini yang tidak hanya hidup dalam sejarah manusia tetapi hidup dalam gereja, dalam sejarah divin. Untuk memastikan kita sentiasa hidup dalam sejarah divin ciptaan baru yang terkandung dalam sejarah manusia ciptaan lama, kita perlu melatih roh baru kita untuk menghubungi Tuhan setiap masa. Puji Tuan kerana kita berada dalam sejarah divin, mengalami dan menikmati hal-hal yang penuh misteri dan divin demi penyelamatan organik kita supaya kita boleh menjadi pengantin-Nya yang jayeng.

Mesej Enam: Penurunan Orang Perkasa

      Selepas menerima sabda dalam mesej empat dan lima, kita perlu membuat pertimbangan dan memilih untuk hidup dalam sejarah divin yang terkandung dalam sejarah manusia. Penyabda Yoel menggambarkan orang sebegini sebagai orang perkasa. Mereka manusia wajar yang melalui kehidupan manusia, tetapi semua hal-hal manusia bukan fokus mereka. Mereka ialah percayawan yang matang dan terbina yang hidup dalam realiti Tubuh Kristus dan yang telah menjadi pengantin Kristus untuk kepuasan-Nya. Mereka ini memahami keperluan peperangan rohani dan menyedari bahawa peperangan rohani adalah berdasarkan kemenangan Kristus. Sebagai orang yang diperkuat dalam Tuan dan dengan keperkasaan daya-Nya, mereka berupaya menakluki keporak-perandaan kesyaitanan dan melaksanakan ekonomi divin.

      Akhirnya, Tuan akan datang bersama dengan orang perkasa-Nya dalam perkembalian kedua-Nya ke bumi. Dalam Daniel 2:34-35, Dia akan datang sebagai batu penghancur yang korporat yang menjadi gunung besar dan memenuhi seluruh bumi. Mereka yang membentuk batu penghancur korporat ini bersama dengan Kristus ialah orang perkasa, raja bersama dengan-Nya. Mereka handal dan mahir berperang; mereka akan menjadi orang perkasa—cantik kepada Tuan tetapi dahsyat kepada musuh. Kita harus memilih untuk menjadi salah seorang daripada mereka, membenarkan Tuan untuk bekerja dan menghasilkan diri-Nya sebagai Dia yang Perkasa itu dalam kita.

Mesej Tujuh: Kristus Kembali
sebagai Daud Sejati untuk Merestorasikan Kingdom-Nya

      Semasa Kristus kembali, Dia akan kembali sebagai Daud sejati untuk merestorasikan kingdom-Nya. Tuhan harus mempunyai kingdom di bumi ini. Dia harus mempunyai satu lingkungan, satu kawasan kekuasaan, satu alam, dengan umat pilihan-Nya, yang membolehkan Dia melaksanakan pentadbiran-Nya di bawah autoriti divin-Nya. Hari ini, kingdom ini harus ada dalam gereja lokal. Dalam gereja lokal, kita harus memulihkan realiti kingdom Tuhan, iaitu keadilbenaran, kedamaian, dan keriangan dalam Roh Kudus. Kita harus menjadi kingdom Tuhan dengan bergabung dengan Raja itu dan bersatu dengan-Nya, yakni Dia yang mempunyai autoriti dan memegang kunci Daud.

      Kita boleh berbuat demikian secara praktikal dengan berlatih mengujarkan doa peperangan rohani—doa yang berjuang untuk menumpaskan musuh, menanggulangi musuh dengan pukulan maut, menundukkan dan menaklukinya, mengikat dan mencampakkannya, membuka pintu kingdom, membebaskan banduan, dan membawa masuk kingdom Kristus. Dengan kata lain, kita harus memberi perhatian kepada peperangan demi kingdom, hal membuka pintu dan menutup pintu gerbang, penggunaan kunci-kunci Daud, dan perkembalian Kristus. Sekarang masanya untuk kita bangkit dan berdoa! Semoga kita menjadi orang yang bersedia untuk kembali bersama dengan Raja ke bumi untuk memerangi Antikristus dan untuk menghancurkan kerajaan manusia.

Mesej Lapan: Yunus yang Lebih Agung

      Yunus merupakan tamsil bagi Kristus, yakni Yunus yang lebih agung, dalam kematian, pengebumian, dan kebangkitan-Nya. Dia keluar dari Hades dalam kebangkitan, dan dalam kebangkitan Dia menjadi Roh beri-hayat untuk memberitakan, menyebarkan injil kepada semua bangsa Asing. Semua ini adalah untuk menghasilkan gereja.

      Buku Yunus ini akhirnya menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan bukan hanya Tuhan kepada bangsa tertentu. Dia ialah Tuhan semua bangsa. Pada zaman injil ini, Tuan mengarahkan kita untuk memberitakan injil bukan kepada kumpulan tertentu sahaja tetapi kepada seluruh dunia dan mendisipalkan semua bangsa. Marilah kita menjadi sama seperti Paulus, pergi ke setiap bangsa dan memberitakan injil Tuhan sebagai kuasa Tuhan kepada orang Yahudi dan juga bangsa Asing.

Mesej Sembilan: Kristus "Keluar" Sejak Keabadian

      Kristus "keluar" merupakan perjalanan Kristus untuk mencapai kita. Melalui Kristus keluar sejak keabadian, Kristus sebagai Sabda Tuhan dalam keabadian lampau menjadi Yerusalem Baru dalam keabadian akan datang. Dari satu segi, Kristus bergerak melalui masa dan sedang menghampiri destinasi terakhir-Nya, iaitu perkembalian Dia untuk mendirikan kingdom-Nya di bumi. Namun begitu, secara intrinsik, Dia juga bergerak dalam kita untuk berumah dalam hati kita sekiranya kita membenarkan-Nya dan tidak menyekat-Nya. Kita sedar bahawa dalam sekitaran yang huru-hara, sewaktu kita menghadapi banyak halangan daripada musuh dari pelbagai sudut, sewaktu itulah Tuan keluar dalam kita.

      Hari itu akan tiba apabila Dia akan menghabiskan perjalanan-Nya. Kita akan dibawa masuk ke dalam kediaman abadi Tuhan, di situ Tuhan dan manusia bukan sahaja digabungkan, disatukan, dan dibaurkan, malah diinkorporatkan bersama untuk menjadi tempat huni abadi bagi Tuhan dan manusia. Kita harus hidup untuk binaan itu dan kita harus menjadi binaan itu. Inilah tujuan hidup kita. Makna kehidupan manusia kita ialah pembinaan abadi bagi Tuhan dan manusia. Puji Tuan!

Mesej Sepuluh: Pembinaan Rumah Yehova

      Perkembalian Tuan bergantung pada pembinaan tempat huni Tuhan. Pemikiran utama tutur-sabda Hagai ialah: Pembinaan rumah Yehova berkaitan dengan kesejahteraan umat Tuhan pada hari ini dan kedatangan kingdom milenium berserta Mesiasnya pada zaman restorasi. Pembinaan Tuhan ialah ekspresi korporat Tuhan Tritunggal. Tambahan pula, pembinaan Tuhan merupakan subjek utama Bible, kerja utama Tuhan, matlamat segala kerja lain yang perlu dilakukan, dan pemikiran utama Bible. Oleh itu, Tuan tidak akan kembali melainkan gereja sebagai Tubuh Kristus dan rumah Bapa telah dibina.

      Akan tetapi, dalam keadaan sebenar hari ini, umat Tuhan yang dipulihkan lebih menjaga rumah mereka daripada rumah Tuhan, kerana semua mencari hal-hal mereka sendiri, bukannya hal-hal Kristus Yesus (Flp. 2:21). Inilah keadaan umat Tuhan yang telah kembali ke Yerusalem daripada penawanan untuk membina semula bait namun telah terganggu oleh penentangan musuh. Akibatnya, umat Israel mula membina rumah untuk diri mereka dan secara beransur-ansur melupakan pembinaan bait. Betapa perlunya kita diselamatkan daripada mengejar urusan rumah kita sendiri agar mencari dahulu kingdom-Nya dan keadilbenaran-Nya!

Mesej Sebelas: Mengalami Kristus yang Menyembuhkan dalam Maleakhi
demi Kedatangan Kedua Tuan dan Konsumasi Zaman Ini

      Kita perlu melihat dan mengetahui tanda kedatangan Tuan. Pertama sekali, kita perlu mengetahui tentang kesengsaraan dahsyat. Kedua, kita perlu banyak mengetahui tentang Antikristus. Ketiga, kita perlu tahu sedikit sebanyak tentang tanda pohon ara dan akhirnya kita perlu tahu tentang kerapturan pekudus. Semua ini ialah nubuat dalam Sabda Tuhan berkenaan apa yang akan berlaku di bumi dan semua ini akan digenapi.

      Setelah melihat ini, kita perlu bersiap sedia, hidup secara waras dan berjaga-jaga untuk masa itu. Maleakhi menunjukkan kepada kita bahawa kita berada dalam keadaan yang jatuh, keadaan yang menipu diri sendiri, dan di bawah kuasa kegelapan Syaitan. Seolah-olah kita sedang menyembah dan melayan Tuhan, tetapi dalam penipuan diri sendiri kita melakukannya secara murung, tidak gembira langsung apabila kita dikehendaki melakukan hal-hal ini. Punca obsesi, penipuan diri sendiri, ialah mencintai kegelapan dan bukannya cahaya, kesombongan, tidak menerima kasih terhadap kebenaran, dan tidak mencari kemuliaan yang berasal daripada Tuhan yang esa. Oh, betapa perlunya kita jayeng atas kegelapan penipuan diri sendiri, iaitu obsesi, dan mengalami Kristus yang menyembuhkan demi kedatangan kedua-Nya.

Mesej Dua Belas: Kepulihbangkitan yang Diwahikan
dalam Buku-buku Penyabda Kecil

      Habakuk 3:2a berkata, "O Yehova, pulihbangkitkanlah kerja-Mu dalam tahun-tahun ini" (Ibr.). Dalam kalangan umat pilihan Tuhan, hasrat untuk dipulihbangkitkan sentiasa ada; walaupun kita mungkin tidak menyedarinya, namun hasrat sedemikian sentiasa ada dalam kita sepanjang kehidupan Kristian kita (Hab. 3:2a). Kita mungkin berada dalam keadaan terbiar, namun setiap kali kita menghubungi Kristus yang merupakan realiti kebangkitan, kita dibawa keluar dari keadaan terbiar ke dalam kebangkitan, dan inilah kepulihbangkitan yang sebenar bagi kita.

      Kepulihbangkitan yang diwahikan dalam buku-buku Penyabda Kecil dapat diterapkan pada keluarga, gereja, bangsa, seluruh umat manusia, bahkan seluruh alam semesta; dari segi prinsip, segala sesuatu dan setiap orang di bumi berada dalam keadaan terbiar selama dua hari, yang dibicarakan dalam Hosea 6:2. Keperluan universal untuk kepulihbangkitan, untuk restorasi, hanya dapat dipenuhi oleh Kristus yang bangkit. Haleluya!

      Dikbang dan dikkak sekalian, Tuan berhasrat untuk membawa gereja-gereja ke dalam kepulihbangkitan baru demi mengakhiri zaman ini. Kita dapat masuk ke dalam kepulihbangkitan baru dengan mencapai puncak wahi divin yang tertinggi menerusi ministri zaman, dengan menjalani kehidupan Tuhan-manusia, dan dengan menggembala orang menurut Tuhan. Semoga semua pekudus dalam semua gereja di seluruh bumi ini dapat melihat wahi ini dan bangkit berdoa agar Tuhan memberi kita kepulihbangkitan baru.

HTML Comment Box is loading comments...