中文

English

Mesej Dua
Pohon Anggur (2)
Hidup dalam Pohon Anggur

      Subjek am persidangan ini ialah "Pohon Anggur dan Kaki Pelita". Pohon anggur melambangkan Tuhan Tritunggal dalam suatu organisma. Kaki pelita melambangkan Tuhan Tritunggal yang terjasad dan diekspresikan. Pohon anggur dan kaki pelita ialah Tuhan Tritunggal bersatu dengan percayawan. Dalam mesej pertama, kita telah lihat bahawa pohon anggur benar ialah makna alam semesta. Tanpa pohon anggur benar, alam semesta tidak ada maknanya. Kita juga melihat bahawa makna kehidupan manusia ialah tinggal dan hidup dalam pohon anggur ini. Kehidupan kita ialah totaliti kewujudan kita. Dalam mesej ini, kita akan melihat "Hidup dalam Pohon Anggur".

      Seperti yang ditekankan dalam mesej lepas, persidangan ini adalah berkenaan pengalaman. Kita ingin mempertimbangkan pengalaman sebenar hidup dalam pohon anggur. Dikbang membantu kita mempertimbangkan dua perkara. Perkara pertama adalah berkenaan pohon anggur. Tuan berkata, "Akulah pohon anggur benar" (Yoh. 15:1a). Kristus ialah pohon anggur benar. Pohon anggur ialah organisma Tuhan Tritunggal. Bapa itu sumber, Anak itu pusat, dan Roh itu realiti. Roh realiti ini mengalir dalam pohon anggur. Apabila kita hidup dalam pohon anggur benar ini, kita hidup dalam realiti divin. Segala-gala hal divin adalah benar di sini. Hanya pohon anggur ialah realiti ini. Segala-gala di luar pohon anggur adalah tidak benar. Dalam pengalam- annya, dutus Yohanes mempelajari bahawa kehidupan dalam realiti divin, yakni dalam pohon anggur benar, menjadikan kita orang yang "tulus ikhlas", benar, sejati, jujur, dan ikhlas. Apabila kita tinggal dalam realiti divin, kita menjalani kehidupan yang tulus ikhlas. Kita hidup dengan cara ini terhadap Tuhan dan terhadap orang lain. Terhadap Tuhan Bapa, kita menyembah Dia dalam roh dan ketulusikhlasan. Tuhan benci akan penyembahan yang palsu dan munafik. Dalam 2 Yohanes 1, dutus Yohanes menyebut sesuatu yang ajaib. Dia berkata, "Aku mengasihi dalam ketulusikhlasan." Dia bukan sahaja mengasihi pekudus dengan Tuhan sebagai kasihnya, tetapi kasih itu sendiri sangat benar, sejati, dan ikhlas. Kasih itu tulus ikhlas, bukan sekadar kasih yang dibuat-buat. Yohanes ialah orang sedemikian kerana dia hidup dalam pohon anggur benar. Dalam 1 Yohanes 5:20, bahkan dia menggelar Tuhan sebagai Dia yang Benar itu.

      Sekarang kita dapat melihat makna pohon anggur benar. Pohon anggur ialah organisma yang dikonstitut dengan realiti. Di sini, segala-galanya nyata, benar, dan ikhlas. Terdapat dua perkara yang tidak didapati dalam pohon anggur benar. Pertama ialah politik, iaitu bersikap politik atau diplomatik. Tuhan benci akan hal ini. Dalam Mazmur 51:6, Daud menyedari bahawa Tuhan ingin kita menjadi benar, tulus ikhlas dalam diri dalaman kita. Perkara kedua yang tidak ada dalam pohon anggur ialah kebudayaan. Kebudayaan itu tidak benar. Kita semua hidup dalam satu organisma; dalam organisma itu, Kristuslah segala-galanya dan Kristuslah setiap orang. Inilah realiti divin.

      Selain itu, pohon anggur ialah satu persona. Pohon anggur bukan tumbuhan atau benda tetapi satu persona. Pohon anggur benar ialah Kristus sendiri. Oleh sebab pohon anggur ialah persona yang ajaib, maka hidup dalam pohon anggur ialah perkara peribadi. Tinggal dalam pohon anggur ialah hidup dalam persona lain. Hal ini bukan amalan keagamaan; sebaliknya hal ini hanya dapat berlaku dalam alam divin dan mistikal. Tinggal dalam pohon anggur ialah perkara peribadi dan kasih. Dari aspek yang romantik, ranting-ranting mengucup pohon anggur. Inilah penyatuan hayat dalam kasih.

Kita Tinggal dalam Pohon Anggur dengan Hidup dalam Roh Pembauran

      Sebagai ranting pohon anggur, kita perlu tinggal dalam pohon anggur. Tinggal dalam Tuan bukan sahaja perkara penyatuan, tetapi perkara persekutuan. Mempunyai persekutuan dengan Tuan bererti mempunyai aliran hayat, sama-sama berbahagian dan saling menikmat. Keadaan kita tinggal dalam Kristus, pohon anggur itu, bergantung pada penglihatan visi yang jelas bahawa kita ranting dalam pohon anggur. Setelah kita melihat bahawa kita ialah ranting dalam pohon anggur, kita perlu mengekalkan persekutuan antara kita dengan Tuan. Kita mengaku bahawa memang mudah bagi kita kehilangan persekutuan dengan Tuan. Mungkin kita sedang memandu kereta sambil menikmati Tuan dan bersekutu dengan-Nya. Tiba-tiba seorang pemandu memotong kereta kita, dan kita mempunyai reaksi yang menyebabkan kita tidak lagi berada dalam persekutuan. Oleh itu, kita perlu memulihkan dan mengekalkan persekutuan ini. Satu Yohanes menunjukkan kepada kita bahawa cara untuk mengekalkan persekutuan ialah bergerak-hidup dalam cahaya, mengaku apa jua dosa yang kita sedari, mengasihi satu sama lain, dan tidak mengasihi dunia. Kita semua ada kegagalan, tetapi memang tidak sukar untuk memulihkan dan mengekalkan persekutuan dengan Tuan.

      Tinggal dalam Tuan bererti menjadi satu roh dengan-Nya, iaitu hidup dalam roh pembauran. Kita tinggal dalam pohon anggur dengan hidup dalam roh pembauran. Hal ini bersifat peribadi. Satu Korintus 6:17 berkata, "Tetapi dia yang digabungkan kepada Tuan ialah satu roh." Ungkapan "satu roh" menunjukkan pembauran Tuan sebagai Roh itu dengan roh kita. Roh itu, yakni pembauran roh kita dan Roh Tuan menjadi satu roh, merupakan Roh Tuan dan juga roh kita. Roh pembauran bukan sekadar roh kita yang dilahirukan. Roh pembauran ialah roh kita serta Roh Tuan. Dalam diri dalaman kita, kita adalah satu roh dengan Roh Tuan. Hidup dalam roh pembauran bukan sekadar hidup dalam roh kita, tetapi juga hidup dalam Roh Tuan. Roh Tuan ada dalam roh kita. Roh Tuan ialah pohon anggur benar. Roh kita ialah ranting-ranting. Semua pengalaman rohani kita, seperti kita bersekutu dengan Tuan,kita berdoa kepada-Nya, dan kita hidup bersama dengan-Nya berlaku dalam roh pembauran ini. Kita dibantu agar tidak mengelirukan pengalaman psikologi dengan pengalaman rohani. Apabila kita mempunyai pengalaman psikologi, kita sebenarnya mengalami diri kita, perasaan kita. Pengalaman ini bukan pengalaman rohani. Pekudus sekalian, semua pengalaman rohani adalah dalam roh pembauran. Oleh itu, kita perlu mengetahui perbezaan antara roh kita dengan sukma kita.

      Apa jua yang ingin disempurnakan Tuhan berkaitan dengan roh pembauran. Tuan beroperasi dalam roh pembauran. Dia memberi kita perasaan dalam roh pembauran. Tidak ada cara lain untuk mengetahui kehendak Tuhan melainkan memberi perhatian kepada perasaan ini, buka kepada Tuan, menuntut Tuan, dan memohon kepada Tuan. Dengan ini, kita hidup menurut apa yang dilakukan Tuhan dalam roh pembauran.

Kita Perlu Belajar Berdoa sebagai Ranting-ranting dalam Pohon Anggur

      Selain itu, kita perlu belajar berdoa sebagai ranting-ranting dalam pohon anggur. Yohanes 15:7 berkata, "Jika kamu tinggal dalam Aku dan sabda-Ku tinggal dalam kamu, mintalah apa jua yang kamu ingini, dan ini akan dilakukan untukmu." Ketika kita tinggal dalam Tuan, dan sabda-Nya tinggal dalam kita, sabda ini memberitahu apa yang diinginkan Tuhan. Kemudian dalam persekutuan kita dengan-Nya, kita akan menginginkan apa yang diinginkan Tuhan dan memohon apa yang dihasratkan-Nya. Doa sedemikian mengehadkan kita daripada doa yang mementingkan diri, namun membebaskan kita agar kita berdoa dalam penyatuan dengan Tuan. Dengan demikian, kehendak Tuhan menjadi kehendak kita. Hasrat Tuhan menjadi hasrat kita.

      Apabila ranting-ranting berdoa dalam pohon anggur, doa mereka mengungkapkan kehendak pohon anggur. Hal ini akan menghasilkan doa yang berkesan. Apabila kita tinggal dalam Tuan, dan sabda-Nya tinggal dalam kita, dalam kita akan timbul hasrat yang berasal daripada sabda-Nya. Kita akan menyentuh perasaan Tuan dan memahami keinginan-Nya; kemudian secara spontan kita akan mempunyai hasrat-Nya dalam kita. Hasrat-Nya akan menjadi hasrat kita; kehendak-Nya akan menjadi kehendak kita; dan kita akan berdoa menurut hasrat ini. Tuan akan memakbulkan doa sebegini kerana doa ini terhasil daripada kita tinggal dalam Tuan dan sabda-Nya tinggal dalam kita.

Apabila Kita Tinggal dalam Kristus yang Merupakan Pohon Anggur itu,
Kita Mempunyai Kehidupan Gereja

      Kehidupan gereja berbeza dengan perhimpunan denominasi. Dalam kehidupan gereja, kita menghubungi pekudus setiap hari. Justeru, kita perlu mempertimbangkan sebanyak mana kehidupan gereja yang kita ada. Perkara pertama tentang kehidupan gereja ialah kehidupan ini berada dalam roh pembauran. Kita mempunyai kehidupan gereja hanya apabila kita tinggal dalam roh pembauran—dalam Kristus sebagai Roh beri-hayat yang berbaur dengan roh kita.

      Selain itu, dalam kehidupan gereja, kita bersatu dengan pohon anggur. Dalam pohon anggur, ranting-ranting bersatu dengan satu sama lain. Semasa Paulus menulis surat kepada orang Filipi, dia menyedari ba- hawa terdapat dua ranting dikkak yang tidak bersatu. Paulus menderita kerana kedua-dua ranting tersebut tidak bersatu. Sebagai seorang dikbang yang arif, dia tidak mengharapkan mereka menyelesaikan masalah itu. Sebaliknya, dia menasihati mereka agar memi- kirkan perkara yang sama dalam Tuan, iaitu dalam pohon anggur.

      Kehidupan gereja, yakni kehidupan Tubuh, ialah kehidupan yang mengasihi satu sama lain. Kita perlu mengasihi satu sama lain dalam hayat Kristus, dalam kasih Kristus, dan dalam amanat Kristus. Kita perlu meluangkan lebih masa dalam pohon anggur. Apabila kita tinggal dalam pohon anggur, kita akan menyentuh kasih Tuan. Kita saling mengasihi dalam kasih ini.

      Akhirnya, ketika kita menjalani kehidupan gereja dengan tinggal dalam Kristus, kita berbahagian dalam persekutuan yang ajaib sesama ranting. Persekutuan ini sememangnya ajaib. Namun hati kita sering disakiti apabila dikbang dan dikkak tidak benar-benar buka kepada persekutuan. Kita tidak dapat memaksa orang bersekutu. Tidak ada "polis persekutuan". Kita tidak perlu mengisi borang setiap minggu untuk melaporkan berapa banyak persekutuan yang kita ada. Sesungguhnya banyak perkara berkenaan kehidupan kita adalah peribadi dan tidak perlu dibicarakan. Akan tetapi, terdapat banyak perkara yang merupakan perkara Tubuh, misalnya cara kita menjaga kesihatan kita merupakan perkara Tubuh. Kita tidak dapat hidup secara semberono dan berkata, "Saya orang bebas." Kita anggota Tubuh dan kesihatan merupakan perkara Tubuh.

      Betapa manisnya apabila dikbang mencari persekutuan. Hal ini kerana hayat dalaman semua ranting adalah satu dan hayat ini harus sentiasa beredar menerusi semua ranting. Dengan demikian, segala-galanya berada dalam aliran hayat, dalam cahaya hayat; tidak ada orang yang mengawal, tidak ada orang yang memberi pendapat, sebaliknya segala-galanya sejati. Persekutuan juga mengimplikasikan aliran yang saling-menyaling antara percayawan. Jika seseorang tidak menuruti aliran saling-menyaling ini, maka semua yang berada dalam pohon anggur menderita kerana hal itu menjejaskan aliran. Kita bukan untuk betul atau salah, dan juga bukan untuk pendapat. Kita adalah untuk aliran hayat yang manis antara satu sama lain.

      Dikbang dan dikkak, berapa banyak kehidupan gereja yang kita ada dalam realiti ditentukan oleh berapa banyak persekutuan yang kita ada. Persekutuan ialah realiti kehidupan gereja. Katakan kita perlu membuat satu keputusan hidup yang penting, namun kita enggan bersekutu lalu berkata, "Ini kehidupan peribadi saya." Dalam hal ini, kita tidak mempunyai realiti hidup dalam Tubuh Kristus, dan orang lain akan merasakannya. Mereka menderita bukan kerana mereka mempunyai pendapat tetapi kerana persekutuan terjejas. Oleh itu, persekutuan divin ialah realiti hidup dalam Tubuh Kristus. Semua gereja lokal ialah satu Tubuh, dan dalam Tubuh ini terdapat peredaran hayat divin; peredaran hayat divin dalam Tubuh membawa semua anggota Tubuh menjadi satu.

Kesimpulan

      Kita telah melihat visi pohon anggur dan kita ranting dalam pohon anggur. Sebagai ranting dalam pohon anggur, kita tinggal dalam pohon anggur. Ini bukan suatu konsep tetapi suatu pengalaman yang praktikal dalam roh pembauran kita. Hanya dengan ini, kita dapat berdoa dengan berkesan dan hidup dalam realiti kehidupan gereja. Semoga kita dapat menghidupkan realiti sebegini demi ekspresi Tuhan.

HTML Comment Box is loading comments...